Tuesday, February 19, 2013

Tips Pilihan Barang Hantaran Perkahwinan

Tetibe terasa nak buat entri pasal barang hantaran sebab tetibe rasa gediks dan ke-eksaited-an melampau dan tetibe jugak terasa nak share some info tentang barang2 hantaran perkahwinan ni (konon makan garam dulu.. Chehhhhh).

Hantaran ni salah satu perkara wajib bagi kedua2 belah pihak dalam adat perkahwinan Melayu dan biasanya merangkumi barangan kelengkapan diri contohnya baju, kasut, beg, sejadah, etc. Barang Hantaran akan digubah cantik bersesuaian dengan tema perkahwinan serta menyerikan lagi majlis. Dulu masa D kahwin barang hantaran makcik yg gubah. Letak dalam bakul mengkuang kaler Hot Pink. Skg bakul tu buat hiasan jek kat umah ngan buat letak supplement.. Huhu

Ok, berikut senarai barangan umum untuk dijadikan hantaran.

Cincin
Sirih junjung
Mas kahwin/duit hantaran
Perfume/personal care/alat solek
Sepasang persalinan (kain ela/kemeja/seluar)
Barang kemas
Kasut
Handbag / wallet /belt
Al-Quran / tafsir
Sejadah
Telekung
Potpourri / bunga rampai
Buah2an
Kek
Coklat

Barang hantaran untuk lelaki dan perempuan adalah berbeza ye uols.. Contohnya hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki:-

Sirih junjung
Kemeja / seluar
Wallet & belt
Al-Quran / tafsir
Sejadah
Towel
Jam tangan
Set perfume / personal care
Kasut
Buah2an
Kek / muffin / biskut
Coklat / manisan

Contohnya hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan:-

Mas kahwin / duit hantaran
Cincin / gelang / barang kemas
Tepak sirih
Baju kurung / kain ela
Al-Quran / tafsir
Sejadah
Potpourri / bunga rampai
Towel
Jam tangan
Kasut
Telekung
Handbag
Set wangian / personal care / make up
Buah2an
Kek / biskut / coklat / manisan

List kat atas tu secara umum la.. Terpulang pada budget dan citarasa masing2 jugak. Contoh klau si perempuan ni minat bola, mungkin boleh kasi dier jersey pasukan kegemaran, kek tema padang bola sepak, etc. Tepuk poket dulu tgk berkepuk2 ke tak.. Klau berkepuk2 bagi stadium bola sepak pun boleh! Huhu

Next entry tgh verangan nak tulis entri Tips Memilih Barang Hantaran. Inshaa Allah kalau rajin.. Huhu


Tuesday, February 12, 2013

Ibu Kolagen @ Pure Marine Collagen Grade AAA

Last entry D mentioned yg D nak try jadi usahanita kan? Heheh. Inshaa Allah D berusaha ke arah tu la skg ni. At first D cuba utk diri sendiri and D rasa mmg effective dan D dah nampak perubahannya dalam masa 7 hari jek. Jeng jeng jeng.. Introducing, Pure Marine Collagen aka Ibu Kolagen 100% Asli dari Semporna, Sabah.

Well PMC yg D amik ni grade AAA kaler purple. Apa beza kaler purple ngan kaler kuning? Ohh yg purple ni ada anti-oksida dan lebih baik lagi nutrisi nya dr yg warna kuning. Adam pun D kasi makan jugak. Alhamdulillah kulit dier yg kering bersisik tu dah nampak perubahan sikit2. Nnt ada masa D upload pic ye!

Err ada org suke makan jenis kapsul sbb tak perlu nak tahan hidung (maklum la pmc ni ada bau sikit), tapi kita taktau kan apa side effect pil2 ni sbb process nya mesti la ada byk campuran bahan kimia. Ada satu brand yg tgh fofuler skg ni buat pil pmc gak tapi lately ni byk plak org komplen gatal2, alergik, etc smpai kene admit ward pun ada. Ni based on pengalaman org yg D baca kat forum ngan facebook la. So kalau takmo amik risiko kan lebih baik makan pmc naturally? Sah2 takde bahan pengawet or kimia bagai.. Kan? Kan? Lps makan pmc ni korang dah boleh dah lupakan hasrat nak pakai SK-II tu.. Dah la mahal giler..

Ok now ni nak share info psl pmc ni since D jual bende ni kan, so harus la ada info supaya customer faham.

PURE MARINE COLLAGEN:
· Nilai2 nutrisi kolagen ni 10x ganda lebih tinggi dari sirip ikan yu (satu mangkuk kecil RM 300)
· Khasiatnya sama dengan sarang burung layang2 (RM 400 hingga ribuan ringgit)
· 24% kolagen ni bersamaan 2 keping sarang burung layang2
· Kalsium 37 yang lebih tinggi daripada hati ikan PH bernilai 7.6

KHASIATNYA PULA:
Terkenal untuk kecantikan kulit dan ubat diet 100% semula jadi
Melancarkan kitaran darah
Mencantikan kulit agar lebih putih dan tegang
Melambatkan penuaan dan melangsingkan badan
Iodine yang terdapat di dalamnya mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah masalah Goitre iaitu kelenjar thyroid membengkak
membantu menurunkan kolestrol dalam tubuh
Membantu merawat gastrik.
Bertindak sebagai Antikulat dan Antibakteria.
Membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
Memberi tenaga dan menguatkan sistem tubuh.
Membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah.
Membantu merawat penyakit gout.
Memberi tenaga dan menguatkan sistem tubuh.
Menguatkan tulang dan sendi.
Meningkatkan sel rawan dan otot.
Merawat penyakit gaut.
Mencegah kanser
Merawat Anemia.
Menyerap lebihan garam dalam tubuh(lumpuh).
Melicin dan menegangkan kulit serta payu dara (anti penuaan)
Memulihara sel-sel kulit mati (jerawat)
Menpercepatkan penyembuhan luka
Menstabilkan kandungan gula dalam darah(kencing manis)
Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas
Memberi Kekenyangan(diet).
Melancarkan sistem metabolisme
Memulihara usus kecil (sembelit)


CARA PENYEDIAAN:

Basuh kolagen mentah, ramas2 seperti basuh beras 5-6 kali
Rendam kolagen mentah yang telah dibasuh semalaman
Buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi 5-6 kali; toskan
Campur dengan 2.5 liter air kosong ke dalam periuk untuk direbus
Masak dengan api yang perlahan dalam 30-45 minit. Kacau sehingga hancur. Boleh juga dicampurkan dengan gula batu atau sirap, ribena* tp kalo nak buat masker jgn campur apa2 lah..
Biarkan ia sejuk sebelum diletakkan ke dalam bekas dan disimpan dalam peti ais

CARA MAKAN:

Waktu terbaik ambil semasa perut kosong (selepas bangun tidur – sebelum sarapan & sebelum masuk tidur)
Ambil 3 sudu besar dan masukkan ke dalam gelas - lebih elok dimakan begitu saja tp ada rasa laut sikit…kalo nak campo dlm air pon boleh ala2 nata de coco gitu..mcm jelly
Sebelum mkn tu baca Bismillah & Selawat =)
Jika masak kolagen tanpa mencampurkan dengan gula batu boleh juga dijadikan sebagai masker
Satu bekas tu boleh makan untuk 4 minggu..collagen ni tahan lama sebab ianya anti bakteria.

Cara buat Masker:-

Selepas cologen direbus, tapiskan terlebih dahulu
Sisa tapisan digunakan untuk membuat masker dan air untuk diminum
Bersihkan muka terlebih dahulu
Sapukan pada muka dan leher (rasa sejuk & lembab)
Tunggu hingga masker kering atau dalam 30 minit
Basuh muka dengan air suam sehingga bersih
Bersihkan muka. Anda akan rasa kulit lembab, gebu, cerah & tegang walaupun dengan pemakaian masker yang pertama kali

SIAPA YG BOLEH MAKAN COLLAGEN NI ?

Org yang nak cantik & sihat semestinya..hehe..
ibu mengandung - kulit baby jadi cantik (untuk kandungan 4 bulan keatas shj)
ibu rasa bertenaga & tak mudah letih
ibu menyusu pun boleh juga.collagen ni tinggi mineral
kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke atas
wanita selepas bersalin tidak digalakkan makan rumpai laut hingga selepas 2 bulan bersalin,anda boleh consume semula..

Harga per 100 gram: RM20 (harga pasaran rm25-35 per 100 gram)
Harga per kg: RM70 per kg

Nak yg ready made (siap rebus) pun boleh. Harga RM15 semangkuk. Stok sebulan harga RM50 (4 mangkuk). - available in flavour (syrup, blackcurrent and also original).

Kalau nak order, boleh contact D. Inshaa Allah harga boleh nego lagi especially kalau anda beli borong. SMS/whatsapp 0127164565. Boleh jugak tgk page kat facebook --> Pure Marine Collagen JB.







Saturday, February 9, 2013

It's been a long time

Assalamualaikum w.b.t
Setelah sekian lama.. Huh habuk setebal 5 inci (mcm high heels uolssss).. Lama giler tak update blog.

Firstly because D bukanlah blogger tegar, doing this as one of my hobby jek. Lagipun keje kat ofis sangat sangat sangat sangat sangat gilekan D! Terharu sampai nak nangis guling2 bila ada something yg gilakan kite.. Huhu

Alhamdulillah my life is still wonderful and it's getting more wonderful than before. Both my apple of my eyes is growing up, adam dah start kindergarten, adik baby da pandai mcm2. Bila gaduh sangatlah huru hara macam ada 10 org dlm rumah. But still they're controllable. Heheh

By the time i'm writing this entry, D sebenarnya kat motorcross track tepi plaza angsana. Temankan hubby tgk member dier main. Lama dah tak berkecimpung dlm bidang ni. Sesambil tu amik la peluang mem-blogging-kan diri.

Ohh actually D skg cuba2 nak expose kan diri nak jadi usahawan wanita yg berjaya. Bisnes ape? Heheh. Share next time ye.. Byk yg nak kene belajar lagi ni. Inshaa Allah doa2 kan ye.. Amin..

See ya!


Thursday, July 26, 2012

BaRam? Apakahhhh? Siapakahhh?

Salam.

Frankly speaking D tak suka bila bazar ramadan di shortform kan jadi BaRam. Pelik gila bunyinya. Macam "tak lepas" jek.. Biasanya indon jek suke shortform kan ayat2. Contoh jawa timur jadi JaTim, jawa barat jadi JaBar, etc. by the way siapakahhh yg memandai2 shortform kan bazar ramadan jadi BaRam tu? Ishhh geli! Geli!

Puasa yg ke-4 baru D berkesempatan pegi bazar ramadan buat pertama kalinya tahun ni. Tu pun rush sebab dah pukul 6.30 n D cuma pegi nearest bazar ramadan jek kat jalan layang, tmn perling. Taman Perling ni ada dua bazar, 1 yg paling besar n tumpuan ramai org kat Perling Mall, 1 lagi baru jugak la dalam 3 tahun kot kat Jalan Layang. Bazar kat Layang tak ramai peniaga dan kureng mendapat sambutan klau nak compare dgn bazar kat Perling Mall.

Ikan bakar, nasi beriani, ayam percik, ayam golek, laksa dan mcm2 jenis makanan lagi la yg kita boleh jumpa kat bazar ramadan. Masa ni lah peniaga boleh buat duit utk raya.. Tp tu depends pada makanan yg diorang jual jugak la kan.. Klau tak sedap, camana org nak dtg beli lagi kan..

Kadang D pun tak faham jugak dengan sesetengah peniaga ni. Makanan nampak sedap, presentation ok la (what do you expect) tp rasa out.. nasi beriani keras mcm batu, kuah laksa cair mcm air paip, daging keras, igt gigi kita ni mcm piranha ke? Haishhh.. takkan la diorang ni taktau yg masakan diorang tu tak sedap? Kalau dah tau tak sedap, tak payah meniaga! Sesia jek kena sumpah seranah ngan org, nak2 klau harga pun cekik darah.

Kebersihan pun satu hal. Biasanya makanan dah siap2 pack dari rumah so kita pun tak tahu tahap kebersihan peniaga. Kot2 tikus berlari2 anak main nyorok2 pun kita tak tau kan? Huhu. Ahhh sedangkan yg meniaga bihun sup (sure sup panas2, packing kat bazar kan?) kat negeri sembilan tu pun berpuluh2 kena food poison! Ramuan istimewa apa agaknya yek? Ermmm.. Tp mmg biasa org prefer makanan panas2 sebab "fresh" compared to ready packed. Kan? kan? Nasib la kannnn nak ckp camane lagi. Pokok pangkalnya peniaga tu sendiri kena titikberatkan penjagaan kebersihan sepanjang masa. Ni meniaga makan, kuku kemain panjang siap ada kaler itam2 lagi bwh kuku. Buwekkk

Apape pun yg penting meniaga kena ikhlas, jgn fikirkan keuntungan semata-mata. Insya Allah meniaga dapat sambutan hebatttt.. Mcm ada org tu jual jus tembikai tak campur air rm2 jek plastik besar penuh2. Meletop kawwww. Siap ada customer yg tak boleh tdo malam teringat2. Huhu.

Ermmmm.. Minggu2 stress dah nak start ni. Next entry baru citer!

Monday, July 16, 2012

Counting days to Ramadan

Assalamualaikum w.b.t..

Sabtu ni dah puasa. Mudah-mudahan tahun ni boleh la puasa penuh sebab "auntie Red" D tak menentu dah waktu melawat kawasan 2-3 bulan kebelakangan ni. Ntah la kenapa, nak gi klinik pun malas dah, buang duit jek beli pregnancy test kit tu sbb ingatkan preggy tapi sebenarnya tak. Mungkin D nak kena continue makan ubat2 khusus untuk wanita kot.. Sape suh makan skip2! Memula beriye cam budak kecik dapat jajan. Klau boleh siap nak makan lebih dari indication lagi. :p Lps seminggu, ubat or supplement tu D pandang sepi buat2 tak nampak jek.. Huhu

Alhamdulillah sambutan tempahan kek lapis memberangsangkan mcm tahun lepas. Syukur.. Target tahun ni 60 bijik, lebih 20 bijik dr tahun lepas. Tahun lepas dpt achieve 46 bijik. Terkangkang mak buat sorang2 uolsss.. (tu yg kek sedap tu.. hohoho). ngan gatal pegi amik last minute order lagi.. tobat dah tahun ni D takmo amik last minute order lg.. Huhu.

Tahun ni cam biasa la office D ni waktu bekerja sama jekkk. Tu yg tak best. Dulu kat ofis lama pekerja Muslim boleh balik 1 jam awal, replacement lunch hour yg kita tak amik tu. best btul balik 4.30, D siap boleh meniaga kat bazar ramadan, tumpang letak puding kat gerai makcik! D buat puding karamel n puding marble pagi2 sebelum pegi kerja. Sebelum pegi keje D singgah rumah makcik (masa tu stay kat pasir gudang), hantar puding2. Balik keje D terus pegi bazar ramadan taman air biru and stay sampai buka puasa. Masa tu Adam pun belum ada lagi. Baru2 kawen... Encik suami pun balik kerja terus pegi bazar. Seronok meniaga ni sebenarnya. Sebulan meniaga 2 jenis puding tu jek D dapat income cecah 1k uolsss.. Mak sentap klau uols tak percaya okayyy.. Harus percaya.. 4 loyang puding caramel, 2 or 3 loyang puding marble, mana tak cecah 1k. Syukur sgt2.. Tabik spring toing3 la kat peniaga2 ni. Mesti masyuk income diorang ni kan..

Bulan puasa byk dugaan walaupun syaitan2 kena ikat. Huhu. Duit keluar laju-laju mcm air la nampaknya bln puasa ni. Rambang mata tgk makanan kat bazar ramadan. Agaknya klau kayu n batu hias cantik2 dlm pinggan, tuang kuah kacang ngan petis sket, letak timun, kangkung n taugeh pun sure nampak sedappppp mcm tauhu bakar jek kan! Haishhhh terpesong.. Terpesong.. Dah lari dah matlamat puasa. Puasa bkn takat tahan lapar dan dahaga jek.. Pancaindera kite (penglihatan, pendengaran, percakapan, perbuatan, pemikiran) pun kena tahan jugak. Huhuhu. Takpe la berusaha la menjadi yang lebih baik.. Semoga kita mendapat keberkatan sepanjang masa. Aminnnnn..



Sunday, July 8, 2012

Tempahan Kek Lapis utk Raya 2012 dibuka sekarang!! =)

Salam Kengkawans/kakaks2/abgs2/adiks2,


Tempahan kek lapis utk raya tahun ni dibuka sekarang ye.. klau nak utk selain raya pun boleh jugak. Harga sama jek macam tahun lepas, takde naik pun. Tapi due to increasing demand (chewahhhhh), kena order cepat sebab D takut tak dapat nak amik last minute order lagi.. tahun lepas amik last minute order pun dah terkangkang2.. huhu. Alhamdulillah tahun ni masuk tahun ketiga sudaaa.. :)

Due date sebelum Awal Ramadan ye. Senang D nak organize order and beli barang. Sesiapa yang interested, boleh contact D and just kasi details (jenis kek, kuantiti, size, etc)..

Untuk pengetahuan semua, bahan2 yg D guna untuk adunan kek semuanya macam untuk sendiri makan. So of course la bahan2 bermutu supaya kualiti dan rasa pun kelasssss.. Contoh cream cheese D guna Philadelphia and butter yang D gunakan untuk 1 adunan kek pulak boleh beli 3 buku butter brand Buttercup. Oopsss D tak maksudkan Buttercup tak bagus tapi pada D cam tak best guna Buttercup untuk kek lapis sebab tak kick dari segi rasa. But of course bukan butter Golden Churn ye.. Never ever.. Selamat tak pernah guna Golden Churn, tak pasal2 kena samak peralatan buat kek kalau tak.. Haishhh.

Ok, jemput cuci mata tgk list2 kek lapis tahun ni ye.. :)

Size Loyang (full): 8.5" x 8.5" square


Kek Lapis Prune = RM50 (full) / RM30 (half)




Kek Lapis Asam Manis = RM50 (full) / RM30 (half)



Kek Lapis Chocolate Rice = RM50 (full) / RM30 (half)


Kek Lapis Oreo = RM60 (full) / RM35 (half)



Kek Lapis Rempah = RM60 (full) or RM35 (half)


Kek Lapis Blueberry Cheese **BARU** = RM70 (full) / RM40 (half)


Kek Lapis Oreo Cheese **BARU** = RM70 (full) / RM40 (half)



Kek Lapis Choc Cadbury ***BEST SELLING LAST RAYA** = RM70 (full) / RM40 (half)
(pics shown in the making. saje nak tunjuk coklat cadbury bersusun tu.. hihihi).


OK, sempena musim durian (limited time only) hokkkayyyy.. presenting..

Kek Lapis Durian = RM80 (full) / RM45 (half)

** Free Delivery sekitar JB town / Tmn Bukit Indah / Taman Perling / Nusajaya / Skudai to Pasir Gudang.
Delivery 1-2 weeks before Raya.


Boleh contact D by handphone untuk tempahan - 012-7164565

Friday, June 29, 2012

Stranger.... my foot!

Lately ni adik baby asyik buat perangai jek. Tak tau kat mana yg tak kena, sikit2 merengek, melalak taknak benti, berguling2 sakan. Rasa nak cepuk jek. Siyes. Sometimes D nangis sama sebab stress kot. Haishhhh. Mungkin teething sbb masa dia melalak kuat2 D nampak byk gigi yg nak keluar n gusi dia bengkak. Siyes banyak, dalam 5 batang jugak. Kesian dia, makan minum pun kurang padahal dier kuat makan sampai buncit perut dier walaupun berat badan tak naik. :p

Last wednesday balik amik budak2 dari childcare, D pegi klinik sebab adik baby still buat perangai merengek n nanges. Teacher cakap dari hari isnin tak berak. Kat rumah pun seingat D takde berak gak. Aduhhh sembelit kot..

Sampai klinik sementara tunggu turn adik baby, ada la sorang lelaki che ye singaporean around 40's, mak dier (agaknya kot sebab rambut ah so tu dah beruban giler) ngan anak dier boy sebaya adam kot. Anak dier ikut adam main2 kat mini playground dalam klinik, si ah so ngan bapak budak tu asyik bunyi jek "dont't talk to stranger", "remember i told you, dont't talk with stranger". asyik dok ulang jek ayat sama dekat patblas kali. D senyum je la sesorang. Anak dier memang ikut je adam main ke hulu ke hilir. Well, budak kan.. Dier nak berkawan.. D tak kisah pun as long as depan mata kita n kita monitor anak kita.

Turn Adik baby masuk jumpe doctor. Keluar jek dari bilik doctor (baru jek bukak pintu kot..), anak che ye sporean tu dah excited tengok adam. Tak sabar nak main sama la tewwww.. Huhu sekali bapak n nenek dier potong stim dan dan jugak. Oh siap pakej bikin hati D panas.

"remember don't play with STRANGER"..

Wadefak la kan?? Dari td dok ulang2 ayat stranger tu mcm kitorang ni alien, mcm hina noooo jek! Ko tu high class sgt ke? Kalau tak mampu nak hidup kat singapore yg serba high expenses tu, tak yah la berlagak sangat kat sini! Sorry ye, i have no hard feelings against singaporean, cuma for some people yg budget good-good camni jek. Ok, sambung. Bila D dengar ayat stranger tu keluar lagi, D terus panggil adam n sound depan2 diorang tu jugak.

"adam, come! As if they're soooo GOOD!" diorang yg kenkonon tgh bagi nasihat kat anak tu terus senyap. Adam pulak reluctant sbb excited jugak nak main dengan friend baru. Pastu sesambil tarik adam nak anta masuk tunggu dalam kereta dengan daddy dier, D cakap lagi ngan adam, "as if they're so good!". Lepas anta adam, D masuk balik klinik sambil dukung adik baby sebab nak tunggu amik ubat. Disebabkan hati D masih panas lagi, maka D sambung membebel.

"they thought they're so good!"
Diam. Tak puas hati, D sound lagi.

"stranger, stranger.. Stranger my foot!"
Diam lagi. Lepas tu cakap cina bisik2. Eleh ngumpat aku la tewwwww.. Ah lantak la. Masih tak puas hati D nak sound lagi tapi dah turn diorang masuk jumpe doctor lak. Nasib ko baik laa.. Klau tak mesti bingit bila dengar sekali sekala mulut aku berpuaka patblas! Huhu

Ok sebenarnya memang bagus ajar anak2 pasal "stranger" ni. Create awareness of course dari diorang kecik lagi. Tapi sometimes, be lenient la sikit. Tgk la keadaan.. Dalam klinik besar yang ada tak sampai 10 people and toddler cuma anak ko ngan anak aku jek, tak perlu la nak kecoh bagai macam korang manusia, kitorang E.T! Cis! Just monitor your kids when they're playing with new friends. Bukannye kat public area yang ada ramai orang susah nak monitor. Kalau semua nak kongkong, sempit la otak budak2 nanti tak boleh berfikir out of the box! Haishhh i just don't like this over-protective thingy. Takpe la dah dpt sound, lega rasanya. Hihihi

Saturday, June 23, 2012

Entri kongsi resepi - Blueberry Cheese Cake

Salam. Dah macam blog resepi dah pulak blog D ni. Saja mengada2 nak taip entry share resepi ni sempena tema bergelut dengan cream cheese this whole week. Alhamdulillah ada je order yang masuk walaupun D sibuk dengan kerja kat office. Kali ni nak share resepi Blueberry Cheese Cake. Sebenarnya D google jek resepi nya tapi banyak betul version yang lain2. Ada yang pakai cream of tartar, ada yg tak, ada yang pkai cream cheese seketul and ada yg campak cream cheese 2 ketul. D compile resepi, compare kan dan menderhaka lagi! :p sorry la bkn niat nak menderhaka cuma kadang2 terasa nak explore bahan2 dunia kek ni (macam dah bagus jek ayat.. Chaittt!).

Resepi ni D olah dan menderhaka sikit dari blog kak Irma (http://irmadilondon.blogspot.com) dan Mat Gebu. Sorry tak dapat paste link sebab D type entry ni pun by handphone jek (guna Blogger mobile).

Bahan2 base:-
1 peket Biskut oreo (buang cream)
Butter yang dah dicairkan dlm 2 sudu.

**blend biskut oreo dan kepal2kan dengan butter sampai tak berderai. Kalau berderai, sila tambah butter. Jangan derhaka. :p Kalau tak nnt base kek tak cantik dan rapuh. Ratakan dalam loyang spring form dan simpan dalam freezer dulu.
Tips: alas base loyang dengan kertas serap minyak dulu supaya senang nak keluarkan kek tu nanti.

Bahan2 filling:-
2 ketul cream cheese (D guna philadelphia)
1 cawan gula castor
2 sudu tepung kek
3 biji telur (cuci dulu dan keringkan ye)
1 sudu teh vanila esen

Bahan2 topping:-
Blueberry filling
Serbuk agar2

Cara2nya:-
1) pukul cream cheese sehingga sebati

2) masukkan gula dan pukul lagi sampai kembang

3) masukkan tepung 2 sudu dan pukul lagi

4) pecahkan telur sebiji2. Jangan semua sekali. Pecah sebiji, pukul dlm seminit. Lepas tu pecah lagi sebiji, pukul lagi dalam seminit. Faham?? Hmmm bagusssss

5) masukkan esen vanila. Pukul lagi sampai sebati.

6) tuang adunan dalam loyang spring form yang ada base oreo+butter tu.

7) bakar dalam oven dengan teknik water-bath. Sebelum tu balut loyang dengan aluminium foil supaya loyang tak masuk air (utk loyang spring form).

8) bakar selama 45-55 minit. Jangan lama sangat nanti kek merekah sebab overcooked.

9) dah siap, biarkan kek dalam oven selama sekurang2nya 1 jam sebelum masukkan ke dalam fridge.

10) dah sejuk nanti boleh la letak topping blueberry atas kek. 1 sudu teh serbuk agar2 dilarutkan dengan 2 sudu besar air panas. Lepas tu tuang atas kek. Done!

Teknik waterbath ni caranya letak loyang adunan kek yg nak dibakar dalam loyang yg lebih besar berisi air panas. Since D guna loyang spring form, D balut dulu bwah loyang tu dengan aluminium foil utk elak air masuk dalam adunan kek. Oh ye satu lagi tips, biarkan kek yg da masak dlm oven sekurang2nya 1 jam sblm disejukkan dalam fridge. Mcm biasa la cheese cake bila da sejuk baru sedap.. :)

Friday, June 22, 2012

Jom buat chawan mushi!

Salam.

Sana sini orang sibuk update pasal euro 2012 tapi sorry la my time has passed. Tak minat dah tengok2 bola beriye sangat cam masa zaman anak dara dulu. Kalau dulu, wa sanggup bangun pepagi buta sengkang mata guna chopstick, sekarang tidak lagi. Tidur lagi penting! Sib baik la en hubby ku spesis kaki bangku. Takyah susah2 sorok remote tv! :p

Lately ni D rajin pulak cuba resepi. Sekarang senang, nak apa2 google jek semudah cari baju dalam almari (apakahhhhh?). Disebabkan D suka sgt makan sushi (even though tak makan yg raw), tetiba di suatu petang yang indah terasa nak google cari resepi chawan mushi. Ermmmm..ingatkan susah sangat la buat chawan mushi ni, rupanya senang bangat.. Sambil goyang gerudi pun boleh buat dengan senyum. Eh eh apakah?? Tak kena langsung goyang gerudi dengan para-para sakura. Waahhh tetibe para-para sakura. Terbayang aaron kwok joget2 dalam movie tu siap hayun2 tangan.

Puas D cari resepi chawan mushi ni by encik google tapi susah nak cari bahan jepun yang boleh substitute dgn bahan kat malaysia ni. Akhirnya terjumpe satu site (tapi dah lupa site apa) yang bagi resepi substitute bhn2 jepun. Tapi D ada derhaka pada resepi sikit.. Sib baik jadi jek chawan mushi tu.. Huhu


Let's cekidaut resepinya..

Bahan2 nya (boleh dapat dlm 4 cawan):-

3 biji telur - kacau sekejap tapi elakkan sampai berbuih2. (saje buat lebih sebab Adam kaki chawan mushi. Now ni hampir setiap minggu dier paksa D buat chawan mushi.. Huhu).

Stok ikan bilis / ayam 1/2 kiub - rebus dengan air dlm 240 ml. Tapis dan biarkan sejuk pada suhu bilik.

Isi:

Daging ayam potong kecik2 digaul garam sikit, fillet ketam potong dadu, udang (optional), cendawan kering yg direndam sampai kembang dan hiris panjang.

Hiasan:

Hirisan lobak - rebus dulu dan asingkan

Cara-caranya:-

1) campur air rebusan stok yg dah sejuk pada suhu bilik dengan telur. Kacau rata tp jangan berbuih sgt untuk elakkan tekstur chawan mushi jadi mcm muka spongebob squarepants. :p

2) masukkan bahan2 isi dalam cawan dan masukkan bahan 1. Cendawan memang akan buat kuak lentang so tak payah susah2 nak selamkan cendawan tu okayyyy..

3) tutup cawan tu rapat2, masukkan dalam pengukus dan alaskan tikar bambu untuk elakkan wap air. Tapi since D takde cawan khas utk chawan mushi, so D pkai cawan seramik yg biasa jek pastu tutup dengan piring cawan tu. Huhu. D derhaka sket sebab tak alas pun dengan tikar bambu bagai.

4) kukus dgn api sederhana selama 20 minit. D takde pengukus so D bakar dalam oven guna teknik water-bath. Satu lagi penderhakaan. Huhu

5) taraaaaa.. Siap! Hias lah dgn hirisan lobak tadi. Sedap dimakan panas2!

Friday, June 8, 2012

Brazilian wax, anyone?

Sebut wax mesti terbayang orang menjerit kesakitan bila bulu kena rentap using patch kan? Tempat biasa orang buat wax adalah di kaki, lengan, ketiak, muka dan bikini line. Kali ni nak share info pasal brazilian wax especially for those who stay in JB because it's very hard to find place that can do brazilian wax. Right? Setuju je la ngan D, memang susah pun.. Huhu

Ok, for those who was wondering what the heck is brazilian wax, ianya adalah pubic hair removal method. Dah nama pun brazilian, so of course la asalnya pun dari brazil kan? Brazilian wax ni untuk buang semua bulu di pubic area, even around perinial area n anus. But still we can choose to leave landing strip at the centre unremoved. Kenkonon seksi gittewww la ada bulu cetoet kat tengah2. Ewww tak sakit ke buang bulu kat sitewwww?? Tak la, siap boleh gelak2 lagi sambil kesat airmata pakai tisu. Sob sob.. Harus la sakit especially for first timer, i was like melompat nak turun dari katil..
"ouchhhhhhh!!!!". Pandai betul si seetha ni drag my attention, D tengah berbual dgn dier, dier tarik patch tu tanpa bagi warning. Huhu

Ok for those who staying in jb, u can have this brazilian wax at Seetha Bridal Studio, 9A, Jalan Titiwangsa 2/3, Taman Tampoi Utama for
rm98. Ala dekat jek ngan jakel. Quote my name tau so that i can get further discount on my next appointment! :p Owned by Seetha, she's a beautician involved in this field for about 12 years. Nice lady la, walaupun memula macam segan gila nak bukak tapi she will make you comfortable. Owh ye last month D ada beli voucher from Groupon. Brazilian wax + arm + leg + underarm + upper lips for only rm48 after more than 60% discount. Of course D beli sebab brazilian wax. Lagipun spa yang menawarkan discount through Groupon ni Senjoy Skin Care Centre location nya dekat sangat dengan rumah D. Tapi hampeh sebabnya bile D call nak buat appointment (nasib baik tergerak hari nak tanya pasal brazilian wax), diorang cakap diorang cuma buat bikini line je, brazilian tak buat. Salah info and diorang dah notify Groupon. Geram punya pasal D cakap la ngan diorang pompuan che ye nun alif, "that means u r cheating people. People bought this voucher bcoz of brazilian wax and now you said you don't have that?!"
Paling tak boleh blah, amoi tu cakap, "we thought brazilian n bikini line is same. Different meh?" what the?? Then when i told her that i want a refund, she asked me to contact groupon. Haishhhh D ni tak reti nak gaduh2 defending my rights. Tengok la kalau ada masa baru contact groupon. Tabik spring la kat orang2 yang sangat pandai memperjuangkan slogan "customer is always right". One of them is my sis-in-law-to-be. Hihi. Hmmmm maybe because of my job which is Customer Service kot.. Alahaii tak aci la camni, kita pun nak jugak jadi customer yang meroyan sekali sekala.. Hahaha

Ok lupakan pasal Senjoy jadah tu. berbalik pada cerita brazilian wax. Peraturan utama, sebelum uols melangkah ke salon, make sure pubic hair tu cukup panjang. At least uols kena bela 2 minggu. Kalau baru bela seminggu baik balik rumah je la sebabnya patch tu memang takkan dapat rentap bulu2 dengan jayanya sebab pendek sgt. Dalam setengah inci da ok dah.. Panjang sgt pun tak boleh jugak tau. Huhu

Kedua, rileks, rileks dan rileks. Jangan kemut2 otot badan, jangan kendurkan badan nanti susah bulu tu nak keluar. Kena stretchkan tempat yang nak di wax baru senang nak rentap bulu keluar. Ikut jek instruction dari beautician sebab beautician perlukan pertolongan kita untuk hold certain part dengan kuat supaya senang bulu keluar. The pain is bearable..

Ketiga, jangan risau dengan wax tu. tak la panas mana pun. Rasa suam2 jek bila kena kat kulit. Pastu tekstur melekit sket.. baru senang bulu melekat kat patch tu.

Oh ye, tahukah anda bercukur menyebabkan bulu lebih kasar, bercabang (perasan tak sometimes ada 2 cabang bulu dalam 1 pori-pori?) dan biasanya kalau pencukur tak bersih, jerawat akan tumbuh kat area pubik? Dan sedarkah anda, hari ni anda shave, esok bulu baru dah keluar tajam2? Cehhh cam iklan la polak. Saja je nak tambah ayat supaya cukup 3000 patah perkataan untuk entri kali ni. Huhu

Ok, Overall proses mengambil masa dalam 40 minit. Memula memang macam tak cukup katil nak melompat, tapi bila dah get used to it, dah ok dah.. Memang perit and you'll have to bear with it for 2-3 days. Biasa la pori2 terbuka lagipun hair root kat situ memang tebal especially for virgin wax (first timer). Just use baby wash and baby lotion jek. After 2-3 days rasa lembut jek kat sittewww nokkk.. Trust me, you won't back to shave once you've tried brazilian wax! :D

Errr.. Cukup ke 3000 patah perkataan entri kali ni? :p