Last week telinga kiri adik baby tiba-tiba berair. D perasan masa bangun tidur pagi Khamis lepas. This is not a first time sbb last 6 months pernah jugak jadi macam ni cuma bezanya masa tu ear wax dia keluar pekat berketul. Pergi klinik dapat ear drop then settle masalah.
Unfortunately this second time seems different. D pegi klinik sebab si kecik ni selsema dan batuk berulang since past 3 months. 2 minggu batuk selsema, 2 minggu baik, then sambung batuk selsema lagi. Haissshhh. Pastu D bgtau doctor pasal telinga gegurl yang berair ni sekali. Doc suruh refer pakar telinga sebab dia tak berani kasi ear drop walaupun D request ear drop. D pegi klinik jumaat malam, for sure klinik pakar telinga dah tutup. In addition saturday public holiday and sunday pulak memang klinik tutup tapi doctor tak berani and just bagi antibiotik untuk batuk selsema jek..
The next day we tried our luck and went to ENT specialist clinic at Century Garden (same row with Omega Tuition Centre) even though the chances are slim considering that saturday is public holiday. Yup, klinik tutup. Once sampai rumah, D and hubby buat operasi check telinga gegurl. Gegurl dengan menurut perintahnya baring mengiring, syok agaknya org korek2, main2 telinga dia tu. huhu. Mata ala2 layu nak tertidur jek.. First kitorang bersihkan telinga dia yang berair dengan cottonbud dulu. Lepas tu hubby suluh dalam telinga gegurl pakai torch light. Masa tu kitorang nampak ada "benda putih" kat dalam telinga. Hubby try korek, dapat la sikit.. Bendealah tu cair2 macam nanah. Try nak korek lagi tapi tak berani sebab nampak dalam sangat.
Monday morning hubby decided nak bawak gegurl pegi ENT clinic sebab takut melarat. So D terpaksa la ambil emergency leave pergi sekali sebab ENT clinic ni kan doktor pakar, mesti la ikut working hours sebab doktor dah kaya raya. Huhu. Oh ye, for those yang mungkin tak tahu, ENT stands for Ear, Nose, Throat. So we went to Sham ENT Specialist Clinic. Doktor Melayu, muka nampak macam doktor hospital gomen yang ala2 malas nak bukak mulut tapi rupanya tak. He explains well whenever we asked questions.
First thing, doktor masukkan kamera dalam dua2 belah telinga. Right ear takde masalah tapi left ear ada nanah sebab infection. Even ear drum (gegendang telinga) adik baby bocor sikit and we can see the hole on screen! First question from doc, "ada selsema tak sebelum ni?". I said yes and it was on off for about 3 months. Then doc cakap, prolong flu can cause infection to ear. Sebabnya hidung kita ada saluran yang bersambung dengan telinga. Bila kuman dari hidung naik ke telinga disebabkan selsema yang berpanjangan, akan membentuk nanah kat salur telinga dalam. Nanah yang banyak akan menyebabkan gegendang tak mampu untuk menampung nanah tu lagi, that's why gegendang bocor dan nanah mengalir keluar.
Lepas tu nurse bedung adik baby sebab doctor nak sedut nanah keluar dari telinga. According to doctor, proses sedut tu painless cuma normally baby menangis sebab takut dengar bunyi suction machine tu jek.
After sedut then doctor masukkan ubat dalam telinga. Ubat tu nampak keras tapi akan melt dalam telinga according to body temperature. Selain tu doctor kasi ubat and next appointment untuk check condition telinga ialah hari jumaat ni. Oh ye doctor cakap benda ni boleh berulang especially bila budak kena selsema lagi. As for ear drum yang bocor tu, depends pada nasib sama ada boleh bercantum balik atau tak. Tp hearing reduced to 10-20%. risau D, harap-harap boleh bercantum balik.
Oh ye kos rawatan minimum rm300.
Doctor punya consultation fee rm70 je tapi sedut nanah dengan masuk camera tu yang mahal. So parents, pls.. Whenever your child have a prolong flu, don't delay bawak ke klinik sebelum effect telinga. Jangan ambil mudah masalah selsema berpanjangan ni..
No comments:
Post a Comment