Monday, July 16, 2012

Counting days to Ramadan

Assalamualaikum w.b.t..

Sabtu ni dah puasa. Mudah-mudahan tahun ni boleh la puasa penuh sebab "auntie Red" D tak menentu dah waktu melawat kawasan 2-3 bulan kebelakangan ni. Ntah la kenapa, nak gi klinik pun malas dah, buang duit jek beli pregnancy test kit tu sbb ingatkan preggy tapi sebenarnya tak. Mungkin D nak kena continue makan ubat2 khusus untuk wanita kot.. Sape suh makan skip2! Memula beriye cam budak kecik dapat jajan. Klau boleh siap nak makan lebih dari indication lagi. :p Lps seminggu, ubat or supplement tu D pandang sepi buat2 tak nampak jek.. Huhu

Alhamdulillah sambutan tempahan kek lapis memberangsangkan mcm tahun lepas. Syukur.. Target tahun ni 60 bijik, lebih 20 bijik dr tahun lepas. Tahun lepas dpt achieve 46 bijik. Terkangkang mak buat sorang2 uolsss.. (tu yg kek sedap tu.. hohoho). ngan gatal pegi amik last minute order lagi.. tobat dah tahun ni D takmo amik last minute order lg.. Huhu.

Tahun ni cam biasa la office D ni waktu bekerja sama jekkk. Tu yg tak best. Dulu kat ofis lama pekerja Muslim boleh balik 1 jam awal, replacement lunch hour yg kita tak amik tu. best btul balik 4.30, D siap boleh meniaga kat bazar ramadan, tumpang letak puding kat gerai makcik! D buat puding karamel n puding marble pagi2 sebelum pegi kerja. Sebelum pegi keje D singgah rumah makcik (masa tu stay kat pasir gudang), hantar puding2. Balik keje D terus pegi bazar ramadan taman air biru and stay sampai buka puasa. Masa tu Adam pun belum ada lagi. Baru2 kawen... Encik suami pun balik kerja terus pegi bazar. Seronok meniaga ni sebenarnya. Sebulan meniaga 2 jenis puding tu jek D dapat income cecah 1k uolsss.. Mak sentap klau uols tak percaya okayyy.. Harus percaya.. 4 loyang puding caramel, 2 or 3 loyang puding marble, mana tak cecah 1k. Syukur sgt2.. Tabik spring toing3 la kat peniaga2 ni. Mesti masyuk income diorang ni kan..

Bulan puasa byk dugaan walaupun syaitan2 kena ikat. Huhu. Duit keluar laju-laju mcm air la nampaknya bln puasa ni. Rambang mata tgk makanan kat bazar ramadan. Agaknya klau kayu n batu hias cantik2 dlm pinggan, tuang kuah kacang ngan petis sket, letak timun, kangkung n taugeh pun sure nampak sedappppp mcm tauhu bakar jek kan! Haishhhh terpesong.. Terpesong.. Dah lari dah matlamat puasa. Puasa bkn takat tahan lapar dan dahaga jek.. Pancaindera kite (penglihatan, pendengaran, percakapan, perbuatan, pemikiran) pun kena tahan jugak. Huhuhu. Takpe la berusaha la menjadi yang lebih baik.. Semoga kita mendapat keberkatan sepanjang masa. Aminnnnn..



3 comments:

  1. seronok dengar citer org yg rajin mcm my dear HoneyD ni. aku pon berangan nak wat kek lapis tahun ni. sebijik pun jadilah. balik2 time raya kek cekelat je yg mampu buat sendirik.. ,-)

    Ya Allah ya tuhanku, berilah aku kekuatan dan kerajinan dan hilangkan penyakit malas dari diriku.. Aminn..

    ReplyDelete
  2. Amin.. Semoga cikwawi diberi kekuatan, kerajinan dan hilangkan kemalasan yg dah lama berkubang dlm diri tu. hihihi

    Buat la kak kek lapis. Nnt pos kat kita. Boring la makan yg sendiri buat.. :p

    ReplyDelete