Thursday, July 26, 2012

BaRam? Apakahhhh? Siapakahhh?

Salam.

Frankly speaking D tak suka bila bazar ramadan di shortform kan jadi BaRam. Pelik gila bunyinya. Macam "tak lepas" jek.. Biasanya indon jek suke shortform kan ayat2. Contoh jawa timur jadi JaTim, jawa barat jadi JaBar, etc. by the way siapakahhh yg memandai2 shortform kan bazar ramadan jadi BaRam tu? Ishhh geli! Geli!

Puasa yg ke-4 baru D berkesempatan pegi bazar ramadan buat pertama kalinya tahun ni. Tu pun rush sebab dah pukul 6.30 n D cuma pegi nearest bazar ramadan jek kat jalan layang, tmn perling. Taman Perling ni ada dua bazar, 1 yg paling besar n tumpuan ramai org kat Perling Mall, 1 lagi baru jugak la dalam 3 tahun kot kat Jalan Layang. Bazar kat Layang tak ramai peniaga dan kureng mendapat sambutan klau nak compare dgn bazar kat Perling Mall.

Ikan bakar, nasi beriani, ayam percik, ayam golek, laksa dan mcm2 jenis makanan lagi la yg kita boleh jumpa kat bazar ramadan. Masa ni lah peniaga boleh buat duit utk raya.. Tp tu depends pada makanan yg diorang jual jugak la kan.. Klau tak sedap, camana org nak dtg beli lagi kan..

Kadang D pun tak faham jugak dengan sesetengah peniaga ni. Makanan nampak sedap, presentation ok la (what do you expect) tp rasa out.. nasi beriani keras mcm batu, kuah laksa cair mcm air paip, daging keras, igt gigi kita ni mcm piranha ke? Haishhh.. takkan la diorang ni taktau yg masakan diorang tu tak sedap? Kalau dah tau tak sedap, tak payah meniaga! Sesia jek kena sumpah seranah ngan org, nak2 klau harga pun cekik darah.

Kebersihan pun satu hal. Biasanya makanan dah siap2 pack dari rumah so kita pun tak tahu tahap kebersihan peniaga. Kot2 tikus berlari2 anak main nyorok2 pun kita tak tau kan? Huhu. Ahhh sedangkan yg meniaga bihun sup (sure sup panas2, packing kat bazar kan?) kat negeri sembilan tu pun berpuluh2 kena food poison! Ramuan istimewa apa agaknya yek? Ermmm.. Tp mmg biasa org prefer makanan panas2 sebab "fresh" compared to ready packed. Kan? kan? Nasib la kannnn nak ckp camane lagi. Pokok pangkalnya peniaga tu sendiri kena titikberatkan penjagaan kebersihan sepanjang masa. Ni meniaga makan, kuku kemain panjang siap ada kaler itam2 lagi bwh kuku. Buwekkk

Apape pun yg penting meniaga kena ikhlas, jgn fikirkan keuntungan semata-mata. Insya Allah meniaga dapat sambutan hebatttt.. Mcm ada org tu jual jus tembikai tak campur air rm2 jek plastik besar penuh2. Meletop kawwww. Siap ada customer yg tak boleh tdo malam teringat2. Huhu.

Ermmmm.. Minggu2 stress dah nak start ni. Next entry baru citer!

1 comment: