Friday, June 29, 2012

Stranger.... my foot!

Lately ni adik baby asyik buat perangai jek. Tak tau kat mana yg tak kena, sikit2 merengek, melalak taknak benti, berguling2 sakan. Rasa nak cepuk jek. Siyes. Sometimes D nangis sama sebab stress kot. Haishhhh. Mungkin teething sbb masa dia melalak kuat2 D nampak byk gigi yg nak keluar n gusi dia bengkak. Siyes banyak, dalam 5 batang jugak. Kesian dia, makan minum pun kurang padahal dier kuat makan sampai buncit perut dier walaupun berat badan tak naik. :p

Last wednesday balik amik budak2 dari childcare, D pegi klinik sebab adik baby still buat perangai merengek n nanges. Teacher cakap dari hari isnin tak berak. Kat rumah pun seingat D takde berak gak. Aduhhh sembelit kot..

Sampai klinik sementara tunggu turn adik baby, ada la sorang lelaki che ye singaporean around 40's, mak dier (agaknya kot sebab rambut ah so tu dah beruban giler) ngan anak dier boy sebaya adam kot. Anak dier ikut adam main2 kat mini playground dalam klinik, si ah so ngan bapak budak tu asyik bunyi jek "dont't talk to stranger", "remember i told you, dont't talk with stranger". asyik dok ulang jek ayat sama dekat patblas kali. D senyum je la sesorang. Anak dier memang ikut je adam main ke hulu ke hilir. Well, budak kan.. Dier nak berkawan.. D tak kisah pun as long as depan mata kita n kita monitor anak kita.

Turn Adik baby masuk jumpe doctor. Keluar jek dari bilik doctor (baru jek bukak pintu kot..), anak che ye sporean tu dah excited tengok adam. Tak sabar nak main sama la tewwww.. Huhu sekali bapak n nenek dier potong stim dan dan jugak. Oh siap pakej bikin hati D panas.

"remember don't play with STRANGER"..

Wadefak la kan?? Dari td dok ulang2 ayat stranger tu mcm kitorang ni alien, mcm hina noooo jek! Ko tu high class sgt ke? Kalau tak mampu nak hidup kat singapore yg serba high expenses tu, tak yah la berlagak sangat kat sini! Sorry ye, i have no hard feelings against singaporean, cuma for some people yg budget good-good camni jek. Ok, sambung. Bila D dengar ayat stranger tu keluar lagi, D terus panggil adam n sound depan2 diorang tu jugak.

"adam, come! As if they're soooo GOOD!" diorang yg kenkonon tgh bagi nasihat kat anak tu terus senyap. Adam pulak reluctant sbb excited jugak nak main dengan friend baru. Pastu sesambil tarik adam nak anta masuk tunggu dalam kereta dengan daddy dier, D cakap lagi ngan adam, "as if they're so good!". Lepas anta adam, D masuk balik klinik sambil dukung adik baby sebab nak tunggu amik ubat. Disebabkan hati D masih panas lagi, maka D sambung membebel.

"they thought they're so good!"
Diam. Tak puas hati, D sound lagi.

"stranger, stranger.. Stranger my foot!"
Diam lagi. Lepas tu cakap cina bisik2. Eleh ngumpat aku la tewwwww.. Ah lantak la. Masih tak puas hati D nak sound lagi tapi dah turn diorang masuk jumpe doctor lak. Nasib ko baik laa.. Klau tak mesti bingit bila dengar sekali sekala mulut aku berpuaka patblas! Huhu

Ok sebenarnya memang bagus ajar anak2 pasal "stranger" ni. Create awareness of course dari diorang kecik lagi. Tapi sometimes, be lenient la sikit. Tgk la keadaan.. Dalam klinik besar yang ada tak sampai 10 people and toddler cuma anak ko ngan anak aku jek, tak perlu la nak kecoh bagai macam korang manusia, kitorang E.T! Cis! Just monitor your kids when they're playing with new friends. Bukannye kat public area yang ada ramai orang susah nak monitor. Kalau semua nak kongkong, sempit la otak budak2 nanti tak boleh berfikir out of the box! Haishhh i just don't like this over-protective thingy. Takpe la dah dpt sound, lega rasanya. Hihihi

No comments:

Post a Comment