Assalamualaikum w.b.t
Tetibe datang gedik mengada nak buat entri ala2 jalan2 cari pasal makan. Asalnya last Saturday night tu terasa nak makan steamboat, maklum la cuaca kan sejukkk jek sekarang ni so tekak mula la mengada nak makan yang panas2. Korang yang stay area JB mesti dah biasa sangat dengan Steamboat Rawa kat Taman Gaya kan? Tapi this time kitorang tak pegi Rawa, saja nak try Kapten Steamboat and Grill kat Taman Tasek.
maybe you can judge a book by its cover.. :)
Tengok signboard dah nampak agak ekslusif restoran ni. Dalam hati Di (aiii sejak bila pulak mengada nak bahasakan diri "Di" ni? hahaha sejak tengok cerita Alamak.. 7 hari lagi! :p takpe la dah memang nama ai kan.. kat opis pun ada akak yang panggil ai dgn nama Di ni.. hahahah), mesti ohsem restoran ni sebab boleh beroperasi kat 1st floor instead of Ground Floor.
Alhamdulillah, restoran ni milik orang Melayu. Interior design not bad. Korang boleh pilih nak duduk kat dining table or Japanese table. Kali ni Di pilih Japanese table untuk bersantap. Baru je duduk tak sempat nak berangan dance ala2 Para-para Sakura sempena tema duduk kat Japanese table (cis!), waiter dah datang ambil order. Menu ala-carte, takde buffet. Since motif datang nak try sahaja bukan nak mentekedarah, maka kami amat berhati-hati supaya tak tersalah pilih dan menyesal di kemudian hari (apakahhhh??).
sikit jek portion makanan malam tu. nak test je kan.. jangan expect cam JJCM, diorang tu di sponsor utk makan.. heh.
tak banyak choice kan?
Untuk grill, kami pilih Lamb with Honey for rm9 per plate. takde la beriya sangat nak meng-order sebabnya macam tak worth kot for us. Mungkin sebab masa tu otak kami dipengaruhi oleh buffet kat Seoul Garden kot. huhu. Anyway Lamb with honey sedap, steamboat so-so jek at rm2.50 for 4 pieces (what do you expect? overall steamboat kan sumenya instant manufactured punya bukan fresh nya punnnn). Cuma sini choices tak banyak n soup lambat boil sebab heat by electric stove. Few dipping sauces available (suka yang sambal udang kering), sos blackpepper, sos cili, sambal belacan pun ada ye uols. Huhu. Oh ye drinks boleh pilih dari menu tab and i chose Longan while hubby chose Apple Kasturi. Nothing special with the Longan drink and Apple Kasturi does not go well with our tastebud, maybe.
Erm satu lagi, Japanese table is cozy, open air sbb kat beranda tapi for me agak rimas sebab klau grill, banyak percikan minyak yang terpercik kat lantai (selain meja) n tak sabar nak blah sbb rimas dan melekit! Overall ok laa cuma kalau nak makan puas kena la bawak duit lebih banyak sebab harganya agak mahal.
Mungkin tokey kedai ni nak buat ala2 exclusive sket dan ada kelas yg tersendiri kot.. Bagi 3 bintang out of 5! :)
No comments:
Post a Comment