Assalamualaikum w.b.t..
Lega rasanya bila dah selesai menjalankan tanggungjawab sebagai salah seorang rakyat Malaysia. Huh seumur hidup tak pernah declare income tax, ni kira first time la ni. Heh jakun jakun..
Sempena cuti kecemasan hari ni sebab childcare diarah tutup seminggu (adoyaiiiii) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia disebabkan wabak HFMD (hand, foot n mouth disease), Di mengambil kesempatan (macam ayat mintak maaf time nak raya) pegi LHDN untuk declare income tax and buat e-filing. Ok, ok, korang betul.. motip asal Di sebenarnya nak dapatkan refund ye uolsss.. Huhu. Kanak2 berdua ni Di angkut sekali okayyy..
Sampai je pejabat LHDN Johor Bahru kat Menara Jati, perkara pertama yg wajib dilakukan oleh orang yg jakun macam Di ialah... pegi kaunter pertanyaan. *Cover line sket, jgn bgtau diorang motif korang nak refund sbbnya blum tentu korang dapat refund, silap2 kene kuar duit plak! :p
First amik nombor giliran, tekan button B utk e-filing. Kejap je tak sampai 10 minit da turn Di. Maybe sebab diorang dah khususkan kaunter 13 untuk e-filing sahaja. Bagi nombor IC pastu verify your name, then diorang print nombor pin untuk kita proceed with next step. Kita boleh pilih sama ada nak buat e-filing kat situ jugak (komputer disediakan banyak macam kat cyber cafe) ataupun nak buat e-filing sendiri kat rumah. I decided to do there since this is my first time.
Masa tengah terkocoh2 menaip sebelah tangan (sebelah tangan lagi dukung adik baby yang tak reti diam), datang la petugas LHDN yang baik hati offer nak taipkan untuk Di. Ibarat kasi ikan bilis nak ikan tuna, maka Di angguk2 tanda setuju. Huhu. Syok weh korang sebut ada orang taipkan! *Cuma tak syok bila kita sebut byk kali orang tak faham so terpaksa la taip sendiri. Haishhh, anyway terima kasih la utk petugas LHDN yang consider keadaan i ni. Hihi
Hmmm hujung2 dpt refund rm70.06 jek.. Apakah??? Syukur la dapat refund walaupun sikit, daripada nak kena bayar lagi. Tapi pelik la pinjaman perumahan tak boleh claim sebab untuk pinjaman dalam tahun 2009-2010 sahaja. Beli buku, majalah takde resit. Insurance takde, zakat takde melainkan zakat fitrah yang hubby bayar tiap2 tahun nak raya tuh tp tu tak kira. Hihi. Rugi rugi takleh claim.
Takpe LHDN, tunggu tahun depan aku dah pandai. Insurance coming soon, zakat insya Allah (i lagi rela byr zakat dr bayar income tax ni - dpt full refund tau), beli buku, majalah semua kat tempat standard jek supaya dapat resit boleh simpan. Hahah. Owh sesape yang belum declare tu declare la cepat, due date 30 April 2012!
No comments:
Post a Comment