Sunday, March 25, 2012

Property ke Kasi Mati?


Assalamualaikum w.b.t..

Korang ada rasa marah, meluat dan menyampah tak tengok harga rumah (area JB) yang sangat menjolok mata melampau gila kebelakangan ni? Pelik kan harga rumah double storey 20’ x 70’ selamba je letak harga rm350k pun ada orang beli, siap sold out lagi? OK, I don’t really have knowledge on property, so don’t expect me to elaborate more on property as this is not my field. sorry guys. Just write here to express my feelings & thought based on my point of view (kononnya). :p

3 years back, harga rumah area Horizon Hills JB, 2 storey (lbh kurang 20’x80’) rm260K, 2 storey cluster around rm360K. Taman Laguna 2 storey & 2 storey cluster house pun lebih kurang sama harganya. Sekarang ni korang jangan mimpi nak dapat harga camtu lagi. 2 storey sekarang dah rm600K++, cluster more than rm900K already okkayyyy (T_T) Ledang Heights takyah cerita la uols, tu memang untuk orang kaya raya jek. Gile apa harga more than 3 millions? Tapi gila best lot banglo + swimming pool bagai. Korang pilih je ikut design mana yang korang nak. Huhu. Medini Nusajaya jangan cerita la, jauh tahi dari bontot! **peribahasa apa siakkkk. 1 kaki 2K. yang tinggal rumah harga 2 millions above jek. choyyyy!

rumah idaman tak boleh blah harganya.. Casa Almyra.. haishhhh

Selain tu kawasan perumahan yang tengah hot sekarang ni kat area Nusajaya selain Casa Almyra yg berharga 900K – 2 million, ialah Nusa Idaman, Nusa Bayu, Nusa Sentral, Nusa Duta, Setia Eco Garden (selain Bukit Indah, Setia Tropika – jauh sikit dari Nusajaya tapi in strategic location). Nama2 housing area yang tertera di atas tu ada yang dah siap and ada lagi yang masih in constructions. Harga nya tak boleh blah sebab rumah kecik je kot dalam 20’x70’ (even 16’x65’) pun ada tapi harga more than 300K which is diluar tabii very unreasonable(tahap nak membunuh orang kowwwww). Kalau nak rumah 2 storey sekarang ni jangan harap korang boleh dapat harga less than 300K, except area2 Taman Nusantara, Nusa Perintis (area2 yang mungkin secara kebetulan dibuat untuk orang Melayu sebagai “cover line”, maybe?) ntah serious tak tau tapi rumah2 kat 2 area tu antara perumahan yang range low cost to medium low cost (unless kalau sekarang ni developer 2 taman tu ada buat rumah yang lebih class taktau la. So far takde lagi). 


ni rumah area Taman Nusantara yang dikelilingi pencawang letrik! 

Boleh tak korang imagine berapa ribu nak bayar bank every month kalau harga rumah more than 300K? Kita yang makan gaji ni (sikit lak tu), mampu telan air liur je la. Silap2 tak dapat la nak merasa pergi vacation sana sini (silap2 raya tak raya takde beza) sebab korang nak menanggung hutang rumah dengan bank yg makan separuh or lebih dari gaji basic korang.

Nusa Duta ni pioneer buat rumah harga mahal mampos kat area Nusajaya. lepas tu semua developer ikut! cis!

Paling tak boleh blah, perumahan baru harga mencanak2 macam tu, perumahan lama pun tak nak kalahhhh. Ingatkan beli rumah second hand boleh dapat harga yang affordable tapi jangan harap. perumahan lama dalam kategori 5 years above for example Bukit Indah, Taman Perling, Taman Sutera, etc. Rumah 1 storey end lot ada tanah sket jek kot + renovation, nak rm375K okayyyy. Ridiculous! Rumah 2 storey design lama corner lot nak jual rm450K. Amboiiiiii hang ingat umah hang tu umah baru ker? Dah lebih 10 tahun dah umah hang tuuuu.. Rm450K tu aku boleh beli rumah double storey corner lot yg baru laa.. rumah second hand pun nak jual ikut harga rumah baru. haisssshhhhh rasa nak nangis la.. sedih sebabnya macam tak bagi peluang pada orang kita untuk memiliki rumah kat Bandar je? Untung la orang ada tanah kat kampung. Boleh buat rumah besar2, slow2 pun takpe..sekarang lagi best, ada tanah tapi takde duit nak buat rumah pun, kerajaan boleh tolong.. bayar bulanan baru rm150. Hmm.. ada tak sape2 ada tanah kat kampung nak kasi saya sikit? Nak kecek sikit.. sikit jek.. merayu nih..

Kesimpulannya, pendek kata sebahagian besar bangsa kita ni Cuma mampu duduk kat rumah flat or apartment je nanti sebab bangsa kita ni dalam proses nak merempat kat tanah air sendiri. **marah ni**. tanah2 kampung bangsa kita kat area2 gelang patah (yang sekarang dah jadi Nusajaya) dah terjual kan uols? sedih sebab kebanyakan jutawan segera ni cepat lupa diri, tak beringat dan kesudahannya merempat jua! Haishhh peribahasa apa aku pakai ni. ukur baju di badan sendiri la uolsss! 


No comments:

Post a Comment