Sunday, March 25, 2012

Property ke Kasi Mati?


Assalamualaikum w.b.t..

Korang ada rasa marah, meluat dan menyampah tak tengok harga rumah (area JB) yang sangat menjolok mata melampau gila kebelakangan ni? Pelik kan harga rumah double storey 20’ x 70’ selamba je letak harga rm350k pun ada orang beli, siap sold out lagi? OK, I don’t really have knowledge on property, so don’t expect me to elaborate more on property as this is not my field. sorry guys. Just write here to express my feelings & thought based on my point of view (kononnya). :p

3 years back, harga rumah area Horizon Hills JB, 2 storey (lbh kurang 20’x80’) rm260K, 2 storey cluster around rm360K. Taman Laguna 2 storey & 2 storey cluster house pun lebih kurang sama harganya. Sekarang ni korang jangan mimpi nak dapat harga camtu lagi. 2 storey sekarang dah rm600K++, cluster more than rm900K already okkayyyy (T_T) Ledang Heights takyah cerita la uols, tu memang untuk orang kaya raya jek. Gile apa harga more than 3 millions? Tapi gila best lot banglo + swimming pool bagai. Korang pilih je ikut design mana yang korang nak. Huhu. Medini Nusajaya jangan cerita la, jauh tahi dari bontot! **peribahasa apa siakkkk. 1 kaki 2K. yang tinggal rumah harga 2 millions above jek. choyyyy!

rumah idaman tak boleh blah harganya.. Casa Almyra.. haishhhh

Selain tu kawasan perumahan yang tengah hot sekarang ni kat area Nusajaya selain Casa Almyra yg berharga 900K – 2 million, ialah Nusa Idaman, Nusa Bayu, Nusa Sentral, Nusa Duta, Setia Eco Garden (selain Bukit Indah, Setia Tropika – jauh sikit dari Nusajaya tapi in strategic location). Nama2 housing area yang tertera di atas tu ada yang dah siap and ada lagi yang masih in constructions. Harga nya tak boleh blah sebab rumah kecik je kot dalam 20’x70’ (even 16’x65’) pun ada tapi harga more than 300K which is diluar tabii very unreasonable(tahap nak membunuh orang kowwwww). Kalau nak rumah 2 storey sekarang ni jangan harap korang boleh dapat harga less than 300K, except area2 Taman Nusantara, Nusa Perintis (area2 yang mungkin secara kebetulan dibuat untuk orang Melayu sebagai “cover line”, maybe?) ntah serious tak tau tapi rumah2 kat 2 area tu antara perumahan yang range low cost to medium low cost (unless kalau sekarang ni developer 2 taman tu ada buat rumah yang lebih class taktau la. So far takde lagi). 


ni rumah area Taman Nusantara yang dikelilingi pencawang letrik! 

Boleh tak korang imagine berapa ribu nak bayar bank every month kalau harga rumah more than 300K? Kita yang makan gaji ni (sikit lak tu), mampu telan air liur je la. Silap2 tak dapat la nak merasa pergi vacation sana sini (silap2 raya tak raya takde beza) sebab korang nak menanggung hutang rumah dengan bank yg makan separuh or lebih dari gaji basic korang.

Nusa Duta ni pioneer buat rumah harga mahal mampos kat area Nusajaya. lepas tu semua developer ikut! cis!

Paling tak boleh blah, perumahan baru harga mencanak2 macam tu, perumahan lama pun tak nak kalahhhh. Ingatkan beli rumah second hand boleh dapat harga yang affordable tapi jangan harap. perumahan lama dalam kategori 5 years above for example Bukit Indah, Taman Perling, Taman Sutera, etc. Rumah 1 storey end lot ada tanah sket jek kot + renovation, nak rm375K okayyyy. Ridiculous! Rumah 2 storey design lama corner lot nak jual rm450K. Amboiiiiii hang ingat umah hang tu umah baru ker? Dah lebih 10 tahun dah umah hang tuuuu.. Rm450K tu aku boleh beli rumah double storey corner lot yg baru laa.. rumah second hand pun nak jual ikut harga rumah baru. haisssshhhhh rasa nak nangis la.. sedih sebabnya macam tak bagi peluang pada orang kita untuk memiliki rumah kat Bandar je? Untung la orang ada tanah kat kampung. Boleh buat rumah besar2, slow2 pun takpe..sekarang lagi best, ada tanah tapi takde duit nak buat rumah pun, kerajaan boleh tolong.. bayar bulanan baru rm150. Hmm.. ada tak sape2 ada tanah kat kampung nak kasi saya sikit? Nak kecek sikit.. sikit jek.. merayu nih..

Kesimpulannya, pendek kata sebahagian besar bangsa kita ni Cuma mampu duduk kat rumah flat or apartment je nanti sebab bangsa kita ni dalam proses nak merempat kat tanah air sendiri. **marah ni**. tanah2 kampung bangsa kita kat area2 gelang patah (yang sekarang dah jadi Nusajaya) dah terjual kan uols? sedih sebab kebanyakan jutawan segera ni cepat lupa diri, tak beringat dan kesudahannya merempat jua! Haishhh peribahasa apa aku pakai ni. ukur baju di badan sendiri la uolsss! 


Sunday, March 18, 2012

Tak ladies ke angkat dumb bell? :p


Baru kelmarin start rasa sakit otot after few days berkepit dgn senaman every nite.. ye ke otot? Ye lah kot.. takkan sakit badan lak.. igt tak dulu masa sekolah, korang main netball or bersukan beriya pastu the next day bangun tido otot cam cramp? Macam robot nak turun katil. Hah gitu la rasanya..   Sakit kat bahu ngan abdomen. Tebal giler agaknye lelemak dan bebabats sbb tu lambat rasa. *srooottt.. hingus keluar dari hidung mancung I dek kesedihan tgk hasil penternakan kat cermin sesambil berangan figure hour glass 36-24-36*. Cis! 

Tak larat rasenye nak angkat dumb bell lagi. Heheh x caye eh? Selain dr hip hop abs, saya angkat dumb bell n wat sit-up (kene paksa ngan en suami). Memule cam angin gak.. Perempuan main dumb bell, tak ladies la klau grow muscles nanti! Tp rupa-rupanya ada function bakar lemak ye uolss  walaupun tak terkinja2. “Tahukah anda bahawa otot membakar lebih kalori setiap hari berbanding lemak?  Yup. Jadi katakanlah ada dua insan yang mempunyai jantina, tinggi, umur dan berat yang sama. Tapi seorang mempunyai lebih otot manakala seorang lagi lebih lemak. Siapa akan mempunyai metabolisma yang lebih tinggi? Sudah tentu yang lebih otot! Jadi mulakan senaman angkat berat anda hari ini. Tak kiralah di rumah ataupun di gym!
 
Heheh ni ayat Kevin Zahri sebenarnya. Tp seriously ladies, you won't grow muscles like men. :p




Ni dumb bell nya. Of course la saya cuma boleh angkat beban yg cute tu. Boleh increase / decrease beban. *ketul2 ahkak nnt.. :p*

So, sempena en suami beli One-on-One Trainer system + dumb bell / bar bell,  saya pun kena lah gunakan sebaik mungkin (poyo nye ayat). Buat masa ni baru guna 1 kg punya dumb bell. Plus berat bar tu rasanya almost 2 kg beban / each. One-on-One trainer comes with training guidelines book and yg bestnya instructor nya perempuan. Siap show, point mana kat bdn kita yg akan burn fat on each "style" yg kita buat. Baru la mak confident dumb bell takkan buat kita jadi muscular macam lelaki. Heheh. In fact perempuan bukan macam lelaki yang ada hormon testis testosterone  yang akan berfungsi buat lelaki jadi masculine pun!  *fuhhh lega..*

This is One-on-One trainer. Boleh buat macam2 di sini ye. Takde hal la takat nak tukar position. Buat sit-up pun ai pakai ni jek.

Ni pulak chart kat kotak dumb bell. Haa see, i told you ladies can work out with the dumb bell. Kerlass ada byk position!

so sekarang work-out dah bertambah.. 30-40 minutes of Hip Hop Abs + 20 minutes weight lifting with my cute dumb bell + sit up. Patutnya kena ambik gambar sebelum kan? Baru lah boleh wat comparison after few weeks untuk tengok results nya. Malu lah! Hihihi.

Wednesday, March 14, 2012

Entry ngengade ala2 chef. cis!


Assalamualaikum w.b.t..

Sebenarnye aku br lepas exercise, so sementara nak tgu baju yg basah lencun ngan peluh yg bau cam perfume cap ayam ni kering, aku amik la kesempatan utk taip entry kali ni. Semput makkkk, hari ni wat Cardio Groove, non-stop uolssss.. agak nak mintak nyawa jugak la lepas every session. Tp fun sbb dance. Walaupun terkinja2 cam beruk mat nyeh (kata laki ku yg agak kuat menge-dog), yg penting fun dan tak bosan. ADEKU? Huhu

Kali ni nak kongsi hasil masakan. Takmo citer psl exercise la nnt kang ada yg muntah ijau asyik cite exercise jek. **buwekkkk**. Sempena en suami yg nak weight gain n body build, masakan harian wajib ada daging n broccoli as his request. Nyum! Nyum! **daging kowwww, mmg tak sesuai utk aku yg on-diet ni**. Kite nak kurus, dier nak gain weight lak. Klau la lemak tepu kat tubuh ni boleh transfer, dah lama gua transfer pkai WhatsApp. Sib baik malam mmg refrain myself from taking dinner. Paling2 pun aku ratah sayur jek sikit wat alas perut.

Ok, ni dier gmbr hasil masakan. Jemput cuci mata. Alaaaa nak letak resipi ke? Ye la ye la, bagus gak aku letak sini kot2 satu hari lupe, boleh refer balik. **ayat ngengade cam mintak lempang**. Cis!



Daging Goreng Kunyit

Bahan2:-
Bwg putih 2 ulas (ketuk)
Bwg merah 2 biji (hiris)
Bwg besar ½ biji (hiris)
Lada merah 1 biji (hiris)
Halia 1 inci (ketuk)
Daging (dlm 500 gram kot. Utk 1-2 org makan – hiris jgn nipis sgt, jgn tebal sgt)
Kunyit serbuk dan garam
Sedikit kicap (optional)

Cara2:-
Rebus daging yg telah dihiris (klau ada pressure cooker lg bagus, kejap jek dlm 5 min rebus)
Dah rebus, gaulkan daging dgn garam dan serbuk kunyit
Goring daging, agak2 kaler nak gelap cam nak garing gittew, ketepikan dari minyak.
Tumis bhn2 hiris smpai wangi dan bwg layu
Pastu campurkan dgn daging tadi tu
Letak kicap sikit klau suka
Siap! **berlagak.. resipi senang boleh la.. cuba masak yg leceh2 confirm x pass.. ahhh shadap!**




Sayur Broccoli (ala2 kat seafood tu..)
Bahan2:-
Broccoli
Bwg putih 2 ulas (ketuk)
Udang (optional - belah belakang buang kotoran tu dulu ye.. biasanye ku siap kopek kulit segala)
Air ½ cawan
Kiub ayam
Tepung jagung (sikit)

Cara2:-
Celur broccoli dlm air panas yg mendidih dlm 10 saat. Jgn lama sgt supaya broccoli tak over-cooked n rangup dikunyah2 gitteww ye uolss
Dlm kuali lain, panaskan minyak dan letak bwg putih
Masukkan udang dan masukkan air bile udang da masak
Masukkan kiub ayam
Kemudian bila air dah mendidih, masukkan sikit tepung jagung (dlm 1 sudu kecik jekk) dlm kuali td.
Masukkan broccoli yg td celur tu supaya kuah bercampur gaul dgn broccoli
Tutup api bile kuah dah likat (biasanye kuah akan jadi sikit or hamper takde sbb dah diserap oleh broccoli).
Siap uolsss!

Ok lah nak mandi, dah kering dah peluh i. Papai.

Tuesday, March 13, 2012

We never learnt?

Klau ada yg x sedih psl berita ni, syabas la org tu mmg hati kaldu. Angkat tgn sape yg hati kaldu tu supaya aku boleh jauhkan diri dr korang! Huh. Speechless sbb manusia skg semakin kejam! Budak pun ko sanggup bunuh n bakar smpai rentung. Apalah dosa kanak2 yg x berdosa tu. takde ke satu perasaan kesian, sayang, protective yg sepatutnye ada dlm diri manusia? Unless ko mmg "setan bertopengkan setan" (bak kata member aku - setan terus.. xde setan bertopengkan manusia dahhh), semoga ko dpt balasan setimpal dan cepat dr Allah yg Maha Kuasa. 

No used nak salahkan mak Nurul Nadirah or Dirang tu lagi sbbnye nasi skg x smpt jadi bubur dah basi berkulat bagai dah. Mak dier pun sure menyesal yg teramat sgt. Semoga kite sume belajar sesuatu dr kes ni dan x suke suki biarkan anak pegi sane sini sbb manusia skg semakin kejam!  Back to my childhood days, aku bebas pegi sana sini dgn kawan2 sepermainan kat kwsn perumahan dulu. Bygkan jalan kaki dlm 2km dr rumah nak ke teluk jawa lalu kwsn sunyi kiri kanan utan, pegi pasar malam, main kat kwsn air mata air perumahan sebelah, rilekkkk jek takde bende yg nak ditakutkan. Skg jgn harap anak2 zaman ni boleh rasa camtu lagi. Nak pegi kedai dkt2 pun dah x selamat. Sbb manusia skg semakin kejam!

Kes Dirang ni bkn yg pertama, sblm ni Nurin, Shalinie (sekadar menyebut beberapa nama), but why we never learnt? (ayat boss besar aku ni time kene sekolah psl shipment bermasalah - sentapppp mak). Kanak2 senang dipengaruhi, ckp baik2, bagi gula2, ajak pegi jalan dgn pantas diorang ikut jek.. Sbb kanak2 ni hatinya murni, dier xtau pun klau org nak pedajal dier. Skg ni mungkin ada baiknye kite stat ajar anak2 kite kepentingan jaga diri, don't talk to stranger, don't take any things/offer from strangers, make sure mom and dad can always be seen, self defense, etc. tp takat ckp jek x boleh jugak sbb korang kene la test anak2 tu supaya maksud yg korang cuba sampaikan tu diorang faham. My son, Adam is quite independent and eager to know things. Klau kat shopping mall, time kite dok belek2 kasut ke baju ke, dier akan pegi "survey2" barang kat dlm tu. as usual aku akan monitor dier dr jauh. Klau dier melangkah jauh sikit dr pandangan aku, aku akan panggil dier smpai dier dtg. Alhamdulillah dier jenis yg kuat jerit. Sometimes aku perhatikan dr jauh n aku sure dier x nmpk aku kat mane, dier akan jerit "mama! Mama!" kuat2 smpai sume org tgk dier. Skali skala kene la test anak korang ye.. 

Tolong la jaga anak2 sebaik mungkin. Klau kat rumah pastikan grill n gate berkunci, klau outing or shopping pastikan anak2 sentiasa di pandangan mata kite. Peringatan ni utk diri sendiri jugak. Kdg kite rasa kite dah jaga sebaik mungkin tp selalunye kite tewas pada takdir. Semoga tak terjadi apape pada anak2 dan keluarga kite. Harap2 kes mcm ni kite xkan dgr kat news lagi. Aminnnnnn

Sunday, March 11, 2012

Kegilaan Baru & Shaun T

Kali ni nak citer lbh details tentang kegilaan aku yg baru iaitu bersenam. *elehhh br skg nak bersenam..*
Harus la sbb sinar2 keinsafan tu br dtg. Huh. Tiap2 malam sblm tido semangat nak bgn kul 5 pagi utk exercise membuak2 cam paip SAJ pecah tp slalu kalah dgn tido.. Always ended up bgn kul 6.30.. Mata ni berat sgt nak bukak, badan x larat nak bgn, maklum la half time housewife kan keje x penah abis.. Blk keje, kemas umah, masak, layan anak, service lagi, blablabla *alasan yg sgt klise kan.. Ckp jek mmg malas kan senang.. Huhu* 

Since i've motivated myself to exercise by getting a nice shoe (alasan utk beli kasut gak yg sbnrnye), next step is DO IT! Klau x wat pape, confirm kene nganjing ngan hubby je la psl wat kasut jadi tukun dlm shoe rack. Org laki ni klau sekali sekala sound bleh buat kite bernanah tinge. Walaupun setakat kuar ayat "tgkkan jer nnt..", dah cukup buat tinge ni tak boleh blah. Huh.

Ok, yg sbnrnye aku nak citer psl dvd Shaun T. ntah tgk kat mane psl personal celebrity trainer Shaun T, aku pun wat research google psl program fitness dier. Insanity work out, 2 months programme yg boleh buat badan mcm tong drum jadi beach body kawwwww! Complete six pack segala. Hoho. Tp klau semangat tak kuat (especially for beginner like me) toksah berangan la nak wat Insanity sbbnye nama pun dah insanity, mesti la work out nye pun insane kan? Kecuali klau uols x kisah bakar duit rm500 utk beberapa keping dvd insanity tu. huhu.



Walaubagaimanapun hati menggelitik tahap gedik melampau bile nampak nama program yg agak catchy "Hip Hop Abs". Yg bestnye korang x perlukan additional exercise tool cam dumb bell, etc sbb korang cume perlu dance tp dgn syarat kene ikut cara yg betul iaitu Tilt, Tuck and Tighten. 3T tu utk control otot perut ye uolss. Aku beli dvd tu from beachbody.com website for usd59.95 (3 keping dvd) + shipping to malaysia usd12. diorang courier by fedex but it took about 5 days to reach me.


Up to now, aku br buat 4 kali. Bdk2 ni plak ikut same joget2 tp kejap jek la pastu dah wat aktiviti wajib menyepahkan rumah. Ahhhh semput.. Semput makkk! Nampak cam senang tp agak susah gak sbb kene masukkan 3T utk kesan yg efektif. Huhu. Confident jek leh dpt six pack, ohsem la nnt. Hahah klau hormon jantan terlebih, boleh la kot!

mak suke ABC lady yg belah kiri Shaun T tu.. jeles tgk six pack dier.. huhu

Utk rekod, berat badan skg 60kgs. 
Dah khatam hip hop abs (n dpt result yg best) nnt boleh la berangan Insanity work out lak. Heheh. 

Kegilaan baru.. huhu

Lama giler x update blog, busy giler la supermama of 2 nih! sbnrnye entry ni aku dah draft gune handphone tp sbb screen kecik sgt, nyampah la pulak aku tgk. dah takde keje sementara nak tdo jap lg + anak2 pun dah tdo, boleh la aku on pkai laptop. baru puas hati tgk screen besar. heheh. 


Anak2 makin membesar, makin kuat sepah, request this n that. Lps kemas x smpai 5 minit dah bersepah balikkkk.. Sobsob.. Sabar je la. Terlolong terjerit la mama nya anak2 wat dangggg jek. Rase cam nak ckp gune microfon pun ye. Isk isk. Tp sgan lak kat jiran sebelah, dah la selama ni diorang bersabar jek  (kot2 menyumpah mana kite tau kan?) dgr suara ohsem kitorang melalak2 karok penuh perasaan bile check in kat Ali Baboon. Huhu


Mana ngan nak masak lagi, basuh baju, lipat baju, mop lantai, vacum carpet.. Siap buat sume tu sambung kemas sbb anak2 wat sepah lagi.. T_T 
sambung anak2 wat pangai, explore this and that. exploration is good for kids development, so layan je la. tgk ni smpai masuk dlm washing machine. motif "mama, wash la adam, wash la".. pastu bile dah lama kat dlm tu tau melalak takleh kuar.. padan muke! huhu. 









Takmo citer psl housechores la nak muntah rasenye. Buwekkkk! Sape kata lelaki lagi kerja kuat dr pompuan? In fact pompuan lagi panjang masa bekerja dr laki. Kan kan? Ngaku je la laki blk keje boleh relax2 tgu bini idang makan, minum, etc. pastu x yah basuh pinggan, kemas meja mkn bagai kan? Hik hik. Td kata xmo citer psl housechores tp citer gak! Cheh.. 

Ok kegilaan baru aku ialah... bersenam! *poyo giler bersenam, xyah nak giler sgt la..* motif giler bersenam sbb dah almost 5 tahun tak bersenam. Imagine that.. Berapa byk dah lemak babats yg terkumpul smpai berat bdn dah jejak 60kg uolssss.. From 48kg last 5 years.. Sobsob.. Dgn proses penternakan babats masa preggy lagi.. Hoho. *bile la nak dpt badan yg selim melim cam dulu.. * tak boleh tahan da tgk diri sendiri kat cermin. Dishhh dishhh! Igt lg every saturday morning pegi aerobik dgn ziela & asma kat bkt layang2 pasir gudang.. Rindu korang la wehhhh. Beranak pinak dah kite2 ni ek.. Huhu




So sbg motivasi utk diri sendiri (chewahhhhh!), daku beli sports shoe Nike kat jusco tebrau.. Harap2 berjasa la beliau nnt ye.. Aminnnn. Tak tahan tgk kasut tu striking uolssss! Lama gile dah xde sports shoe, last 5 years punye sport shoe kaler biru brand nike gak. dah beratur nak byr baru ternampak kasut lain kaler lagi lawa. ceh! en suami dah jeling pulak.. terus kensel hasrat hati yg terkinja2 nak tgk keohseman kasut lain tuh.. 
Next entry ku citer more details on kegilaan baru ni. Bye