Thursday, July 26, 2012

BaRam? Apakahhhh? Siapakahhh?

Salam.

Frankly speaking D tak suka bila bazar ramadan di shortform kan jadi BaRam. Pelik gila bunyinya. Macam "tak lepas" jek.. Biasanya indon jek suke shortform kan ayat2. Contoh jawa timur jadi JaTim, jawa barat jadi JaBar, etc. by the way siapakahhh yg memandai2 shortform kan bazar ramadan jadi BaRam tu? Ishhh geli! Geli!

Puasa yg ke-4 baru D berkesempatan pegi bazar ramadan buat pertama kalinya tahun ni. Tu pun rush sebab dah pukul 6.30 n D cuma pegi nearest bazar ramadan jek kat jalan layang, tmn perling. Taman Perling ni ada dua bazar, 1 yg paling besar n tumpuan ramai org kat Perling Mall, 1 lagi baru jugak la dalam 3 tahun kot kat Jalan Layang. Bazar kat Layang tak ramai peniaga dan kureng mendapat sambutan klau nak compare dgn bazar kat Perling Mall.

Ikan bakar, nasi beriani, ayam percik, ayam golek, laksa dan mcm2 jenis makanan lagi la yg kita boleh jumpa kat bazar ramadan. Masa ni lah peniaga boleh buat duit utk raya.. Tp tu depends pada makanan yg diorang jual jugak la kan.. Klau tak sedap, camana org nak dtg beli lagi kan..

Kadang D pun tak faham jugak dengan sesetengah peniaga ni. Makanan nampak sedap, presentation ok la (what do you expect) tp rasa out.. nasi beriani keras mcm batu, kuah laksa cair mcm air paip, daging keras, igt gigi kita ni mcm piranha ke? Haishhh.. takkan la diorang ni taktau yg masakan diorang tu tak sedap? Kalau dah tau tak sedap, tak payah meniaga! Sesia jek kena sumpah seranah ngan org, nak2 klau harga pun cekik darah.

Kebersihan pun satu hal. Biasanya makanan dah siap2 pack dari rumah so kita pun tak tahu tahap kebersihan peniaga. Kot2 tikus berlari2 anak main nyorok2 pun kita tak tau kan? Huhu. Ahhh sedangkan yg meniaga bihun sup (sure sup panas2, packing kat bazar kan?) kat negeri sembilan tu pun berpuluh2 kena food poison! Ramuan istimewa apa agaknya yek? Ermmm.. Tp mmg biasa org prefer makanan panas2 sebab "fresh" compared to ready packed. Kan? kan? Nasib la kannnn nak ckp camane lagi. Pokok pangkalnya peniaga tu sendiri kena titikberatkan penjagaan kebersihan sepanjang masa. Ni meniaga makan, kuku kemain panjang siap ada kaler itam2 lagi bwh kuku. Buwekkk

Apape pun yg penting meniaga kena ikhlas, jgn fikirkan keuntungan semata-mata. Insya Allah meniaga dapat sambutan hebatttt.. Mcm ada org tu jual jus tembikai tak campur air rm2 jek plastik besar penuh2. Meletop kawwww. Siap ada customer yg tak boleh tdo malam teringat2. Huhu.

Ermmmm.. Minggu2 stress dah nak start ni. Next entry baru citer!

Monday, July 16, 2012

Counting days to Ramadan

Assalamualaikum w.b.t..

Sabtu ni dah puasa. Mudah-mudahan tahun ni boleh la puasa penuh sebab "auntie Red" D tak menentu dah waktu melawat kawasan 2-3 bulan kebelakangan ni. Ntah la kenapa, nak gi klinik pun malas dah, buang duit jek beli pregnancy test kit tu sbb ingatkan preggy tapi sebenarnya tak. Mungkin D nak kena continue makan ubat2 khusus untuk wanita kot.. Sape suh makan skip2! Memula beriye cam budak kecik dapat jajan. Klau boleh siap nak makan lebih dari indication lagi. :p Lps seminggu, ubat or supplement tu D pandang sepi buat2 tak nampak jek.. Huhu

Alhamdulillah sambutan tempahan kek lapis memberangsangkan mcm tahun lepas. Syukur.. Target tahun ni 60 bijik, lebih 20 bijik dr tahun lepas. Tahun lepas dpt achieve 46 bijik. Terkangkang mak buat sorang2 uolsss.. (tu yg kek sedap tu.. hohoho). ngan gatal pegi amik last minute order lagi.. tobat dah tahun ni D takmo amik last minute order lg.. Huhu.

Tahun ni cam biasa la office D ni waktu bekerja sama jekkk. Tu yg tak best. Dulu kat ofis lama pekerja Muslim boleh balik 1 jam awal, replacement lunch hour yg kita tak amik tu. best btul balik 4.30, D siap boleh meniaga kat bazar ramadan, tumpang letak puding kat gerai makcik! D buat puding karamel n puding marble pagi2 sebelum pegi kerja. Sebelum pegi keje D singgah rumah makcik (masa tu stay kat pasir gudang), hantar puding2. Balik keje D terus pegi bazar ramadan taman air biru and stay sampai buka puasa. Masa tu Adam pun belum ada lagi. Baru2 kawen... Encik suami pun balik kerja terus pegi bazar. Seronok meniaga ni sebenarnya. Sebulan meniaga 2 jenis puding tu jek D dapat income cecah 1k uolsss.. Mak sentap klau uols tak percaya okayyy.. Harus percaya.. 4 loyang puding caramel, 2 or 3 loyang puding marble, mana tak cecah 1k. Syukur sgt2.. Tabik spring toing3 la kat peniaga2 ni. Mesti masyuk income diorang ni kan..

Bulan puasa byk dugaan walaupun syaitan2 kena ikat. Huhu. Duit keluar laju-laju mcm air la nampaknya bln puasa ni. Rambang mata tgk makanan kat bazar ramadan. Agaknya klau kayu n batu hias cantik2 dlm pinggan, tuang kuah kacang ngan petis sket, letak timun, kangkung n taugeh pun sure nampak sedappppp mcm tauhu bakar jek kan! Haishhhh terpesong.. Terpesong.. Dah lari dah matlamat puasa. Puasa bkn takat tahan lapar dan dahaga jek.. Pancaindera kite (penglihatan, pendengaran, percakapan, perbuatan, pemikiran) pun kena tahan jugak. Huhuhu. Takpe la berusaha la menjadi yang lebih baik.. Semoga kita mendapat keberkatan sepanjang masa. Aminnnnn..



Sunday, July 8, 2012

Tempahan Kek Lapis utk Raya 2012 dibuka sekarang!! =)

Salam Kengkawans/kakaks2/abgs2/adiks2,


Tempahan kek lapis utk raya tahun ni dibuka sekarang ye.. klau nak utk selain raya pun boleh jugak. Harga sama jek macam tahun lepas, takde naik pun. Tapi due to increasing demand (chewahhhhh), kena order cepat sebab D takut tak dapat nak amik last minute order lagi.. tahun lepas amik last minute order pun dah terkangkang2.. huhu. Alhamdulillah tahun ni masuk tahun ketiga sudaaa.. :)

Due date sebelum Awal Ramadan ye. Senang D nak organize order and beli barang. Sesiapa yang interested, boleh contact D and just kasi details (jenis kek, kuantiti, size, etc)..

Untuk pengetahuan semua, bahan2 yg D guna untuk adunan kek semuanya macam untuk sendiri makan. So of course la bahan2 bermutu supaya kualiti dan rasa pun kelasssss.. Contoh cream cheese D guna Philadelphia and butter yang D gunakan untuk 1 adunan kek pulak boleh beli 3 buku butter brand Buttercup. Oopsss D tak maksudkan Buttercup tak bagus tapi pada D cam tak best guna Buttercup untuk kek lapis sebab tak kick dari segi rasa. But of course bukan butter Golden Churn ye.. Never ever.. Selamat tak pernah guna Golden Churn, tak pasal2 kena samak peralatan buat kek kalau tak.. Haishhh.

Ok, jemput cuci mata tgk list2 kek lapis tahun ni ye.. :)

Size Loyang (full): 8.5" x 8.5" square


Kek Lapis Prune = RM50 (full) / RM30 (half)




Kek Lapis Asam Manis = RM50 (full) / RM30 (half)



Kek Lapis Chocolate Rice = RM50 (full) / RM30 (half)


Kek Lapis Oreo = RM60 (full) / RM35 (half)



Kek Lapis Rempah = RM60 (full) or RM35 (half)


Kek Lapis Blueberry Cheese **BARU** = RM70 (full) / RM40 (half)


Kek Lapis Oreo Cheese **BARU** = RM70 (full) / RM40 (half)



Kek Lapis Choc Cadbury ***BEST SELLING LAST RAYA** = RM70 (full) / RM40 (half)
(pics shown in the making. saje nak tunjuk coklat cadbury bersusun tu.. hihihi).


OK, sempena musim durian (limited time only) hokkkayyyy.. presenting..

Kek Lapis Durian = RM80 (full) / RM45 (half)

** Free Delivery sekitar JB town / Tmn Bukit Indah / Taman Perling / Nusajaya / Skudai to Pasir Gudang.
Delivery 1-2 weeks before Raya.


Boleh contact D by handphone untuk tempahan - 012-7164565