Saturday, June 23, 2012

Entri kongsi resepi - Blueberry Cheese Cake

Salam. Dah macam blog resepi dah pulak blog D ni. Saja mengada2 nak taip entry share resepi ni sempena tema bergelut dengan cream cheese this whole week. Alhamdulillah ada je order yang masuk walaupun D sibuk dengan kerja kat office. Kali ni nak share resepi Blueberry Cheese Cake. Sebenarnya D google jek resepi nya tapi banyak betul version yang lain2. Ada yang pakai cream of tartar, ada yg tak, ada yang pkai cream cheese seketul and ada yg campak cream cheese 2 ketul. D compile resepi, compare kan dan menderhaka lagi! :p sorry la bkn niat nak menderhaka cuma kadang2 terasa nak explore bahan2 dunia kek ni (macam dah bagus jek ayat.. Chaittt!).

Resepi ni D olah dan menderhaka sikit dari blog kak Irma (http://irmadilondon.blogspot.com) dan Mat Gebu. Sorry tak dapat paste link sebab D type entry ni pun by handphone jek (guna Blogger mobile).

Bahan2 base:-
1 peket Biskut oreo (buang cream)
Butter yang dah dicairkan dlm 2 sudu.

**blend biskut oreo dan kepal2kan dengan butter sampai tak berderai. Kalau berderai, sila tambah butter. Jangan derhaka. :p Kalau tak nnt base kek tak cantik dan rapuh. Ratakan dalam loyang spring form dan simpan dalam freezer dulu.
Tips: alas base loyang dengan kertas serap minyak dulu supaya senang nak keluarkan kek tu nanti.

Bahan2 filling:-
2 ketul cream cheese (D guna philadelphia)
1 cawan gula castor
2 sudu tepung kek
3 biji telur (cuci dulu dan keringkan ye)
1 sudu teh vanila esen

Bahan2 topping:-
Blueberry filling
Serbuk agar2

Cara2nya:-
1) pukul cream cheese sehingga sebati

2) masukkan gula dan pukul lagi sampai kembang

3) masukkan tepung 2 sudu dan pukul lagi

4) pecahkan telur sebiji2. Jangan semua sekali. Pecah sebiji, pukul dlm seminit. Lepas tu pecah lagi sebiji, pukul lagi dalam seminit. Faham?? Hmmm bagusssss

5) masukkan esen vanila. Pukul lagi sampai sebati.

6) tuang adunan dalam loyang spring form yang ada base oreo+butter tu.

7) bakar dalam oven dengan teknik water-bath. Sebelum tu balut loyang dengan aluminium foil supaya loyang tak masuk air (utk loyang spring form).

8) bakar selama 45-55 minit. Jangan lama sangat nanti kek merekah sebab overcooked.

9) dah siap, biarkan kek dalam oven selama sekurang2nya 1 jam sebelum masukkan ke dalam fridge.

10) dah sejuk nanti boleh la letak topping blueberry atas kek. 1 sudu teh serbuk agar2 dilarutkan dengan 2 sudu besar air panas. Lepas tu tuang atas kek. Done!

Teknik waterbath ni caranya letak loyang adunan kek yg nak dibakar dalam loyang yg lebih besar berisi air panas. Since D guna loyang spring form, D balut dulu bwah loyang tu dengan aluminium foil utk elak air masuk dalam adunan kek. Oh ye satu lagi tips, biarkan kek yg da masak dlm oven sekurang2nya 1 jam sblm disejukkan dalam fridge. Mcm biasa la cheese cake bila da sejuk baru sedap.. :)

No comments:

Post a Comment