Friday, June 29, 2012

Stranger.... my foot!

Lately ni adik baby asyik buat perangai jek. Tak tau kat mana yg tak kena, sikit2 merengek, melalak taknak benti, berguling2 sakan. Rasa nak cepuk jek. Siyes. Sometimes D nangis sama sebab stress kot. Haishhhh. Mungkin teething sbb masa dia melalak kuat2 D nampak byk gigi yg nak keluar n gusi dia bengkak. Siyes banyak, dalam 5 batang jugak. Kesian dia, makan minum pun kurang padahal dier kuat makan sampai buncit perut dier walaupun berat badan tak naik. :p

Last wednesday balik amik budak2 dari childcare, D pegi klinik sebab adik baby still buat perangai merengek n nanges. Teacher cakap dari hari isnin tak berak. Kat rumah pun seingat D takde berak gak. Aduhhh sembelit kot..

Sampai klinik sementara tunggu turn adik baby, ada la sorang lelaki che ye singaporean around 40's, mak dier (agaknya kot sebab rambut ah so tu dah beruban giler) ngan anak dier boy sebaya adam kot. Anak dier ikut adam main2 kat mini playground dalam klinik, si ah so ngan bapak budak tu asyik bunyi jek "dont't talk to stranger", "remember i told you, dont't talk with stranger". asyik dok ulang jek ayat sama dekat patblas kali. D senyum je la sesorang. Anak dier memang ikut je adam main ke hulu ke hilir. Well, budak kan.. Dier nak berkawan.. D tak kisah pun as long as depan mata kita n kita monitor anak kita.

Turn Adik baby masuk jumpe doctor. Keluar jek dari bilik doctor (baru jek bukak pintu kot..), anak che ye sporean tu dah excited tengok adam. Tak sabar nak main sama la tewwww.. Huhu sekali bapak n nenek dier potong stim dan dan jugak. Oh siap pakej bikin hati D panas.

"remember don't play with STRANGER"..

Wadefak la kan?? Dari td dok ulang2 ayat stranger tu mcm kitorang ni alien, mcm hina noooo jek! Ko tu high class sgt ke? Kalau tak mampu nak hidup kat singapore yg serba high expenses tu, tak yah la berlagak sangat kat sini! Sorry ye, i have no hard feelings against singaporean, cuma for some people yg budget good-good camni jek. Ok, sambung. Bila D dengar ayat stranger tu keluar lagi, D terus panggil adam n sound depan2 diorang tu jugak.

"adam, come! As if they're soooo GOOD!" diorang yg kenkonon tgh bagi nasihat kat anak tu terus senyap. Adam pulak reluctant sbb excited jugak nak main dengan friend baru. Pastu sesambil tarik adam nak anta masuk tunggu dalam kereta dengan daddy dier, D cakap lagi ngan adam, "as if they're so good!". Lepas anta adam, D masuk balik klinik sambil dukung adik baby sebab nak tunggu amik ubat. Disebabkan hati D masih panas lagi, maka D sambung membebel.

"they thought they're so good!"
Diam. Tak puas hati, D sound lagi.

"stranger, stranger.. Stranger my foot!"
Diam lagi. Lepas tu cakap cina bisik2. Eleh ngumpat aku la tewwwww.. Ah lantak la. Masih tak puas hati D nak sound lagi tapi dah turn diorang masuk jumpe doctor lak. Nasib ko baik laa.. Klau tak mesti bingit bila dengar sekali sekala mulut aku berpuaka patblas! Huhu

Ok sebenarnya memang bagus ajar anak2 pasal "stranger" ni. Create awareness of course dari diorang kecik lagi. Tapi sometimes, be lenient la sikit. Tgk la keadaan.. Dalam klinik besar yang ada tak sampai 10 people and toddler cuma anak ko ngan anak aku jek, tak perlu la nak kecoh bagai macam korang manusia, kitorang E.T! Cis! Just monitor your kids when they're playing with new friends. Bukannye kat public area yang ada ramai orang susah nak monitor. Kalau semua nak kongkong, sempit la otak budak2 nanti tak boleh berfikir out of the box! Haishhh i just don't like this over-protective thingy. Takpe la dah dpt sound, lega rasanya. Hihihi

Friday, June 22, 2012

Jom buat chawan mushi!

Salam.

Sana sini orang sibuk update pasal euro 2012 tapi sorry la my time has passed. Tak minat dah tengok2 bola beriye sangat cam masa zaman anak dara dulu. Kalau dulu, wa sanggup bangun pepagi buta sengkang mata guna chopstick, sekarang tidak lagi. Tidur lagi penting! Sib baik la en hubby ku spesis kaki bangku. Takyah susah2 sorok remote tv! :p

Lately ni D rajin pulak cuba resepi. Sekarang senang, nak apa2 google jek semudah cari baju dalam almari (apakahhhhh?). Disebabkan D suka sgt makan sushi (even though tak makan yg raw), tetiba di suatu petang yang indah terasa nak google cari resepi chawan mushi. Ermmmm..ingatkan susah sangat la buat chawan mushi ni, rupanya senang bangat.. Sambil goyang gerudi pun boleh buat dengan senyum. Eh eh apakah?? Tak kena langsung goyang gerudi dengan para-para sakura. Waahhh tetibe para-para sakura. Terbayang aaron kwok joget2 dalam movie tu siap hayun2 tangan.

Puas D cari resepi chawan mushi ni by encik google tapi susah nak cari bahan jepun yang boleh substitute dgn bahan kat malaysia ni. Akhirnya terjumpe satu site (tapi dah lupa site apa) yang bagi resepi substitute bhn2 jepun. Tapi D ada derhaka pada resepi sikit.. Sib baik jadi jek chawan mushi tu.. Huhu


Let's cekidaut resepinya..

Bahan2 nya (boleh dapat dlm 4 cawan):-

3 biji telur - kacau sekejap tapi elakkan sampai berbuih2. (saje buat lebih sebab Adam kaki chawan mushi. Now ni hampir setiap minggu dier paksa D buat chawan mushi.. Huhu).

Stok ikan bilis / ayam 1/2 kiub - rebus dengan air dlm 240 ml. Tapis dan biarkan sejuk pada suhu bilik.

Isi:

Daging ayam potong kecik2 digaul garam sikit, fillet ketam potong dadu, udang (optional), cendawan kering yg direndam sampai kembang dan hiris panjang.

Hiasan:

Hirisan lobak - rebus dulu dan asingkan

Cara-caranya:-

1) campur air rebusan stok yg dah sejuk pada suhu bilik dengan telur. Kacau rata tp jangan berbuih sgt untuk elakkan tekstur chawan mushi jadi mcm muka spongebob squarepants. :p

2) masukkan bahan2 isi dalam cawan dan masukkan bahan 1. Cendawan memang akan buat kuak lentang so tak payah susah2 nak selamkan cendawan tu okayyyy..

3) tutup cawan tu rapat2, masukkan dalam pengukus dan alaskan tikar bambu untuk elakkan wap air. Tapi since D takde cawan khas utk chawan mushi, so D pkai cawan seramik yg biasa jek pastu tutup dengan piring cawan tu. Huhu. D derhaka sket sebab tak alas pun dengan tikar bambu bagai.

4) kukus dgn api sederhana selama 20 minit. D takde pengukus so D bakar dalam oven guna teknik water-bath. Satu lagi penderhakaan. Huhu

5) taraaaaa.. Siap! Hias lah dgn hirisan lobak tadi. Sedap dimakan panas2!

Friday, June 8, 2012

Brazilian wax, anyone?

Sebut wax mesti terbayang orang menjerit kesakitan bila bulu kena rentap using patch kan? Tempat biasa orang buat wax adalah di kaki, lengan, ketiak, muka dan bikini line. Kali ni nak share info pasal brazilian wax especially for those who stay in JB because it's very hard to find place that can do brazilian wax. Right? Setuju je la ngan D, memang susah pun.. Huhu

Ok, for those who was wondering what the heck is brazilian wax, ianya adalah pubic hair removal method. Dah nama pun brazilian, so of course la asalnya pun dari brazil kan? Brazilian wax ni untuk buang semua bulu di pubic area, even around perinial area n anus. But still we can choose to leave landing strip at the centre unremoved. Kenkonon seksi gittewww la ada bulu cetoet kat tengah2. Ewww tak sakit ke buang bulu kat sitewwww?? Tak la, siap boleh gelak2 lagi sambil kesat airmata pakai tisu. Sob sob.. Harus la sakit especially for first timer, i was like melompat nak turun dari katil..
"ouchhhhhhh!!!!". Pandai betul si seetha ni drag my attention, D tengah berbual dgn dier, dier tarik patch tu tanpa bagi warning. Huhu

Ok for those who staying in jb, u can have this brazilian wax at Seetha Bridal Studio, 9A, Jalan Titiwangsa 2/3, Taman Tampoi Utama for
rm98. Ala dekat jek ngan jakel. Quote my name tau so that i can get further discount on my next appointment! :p Owned by Seetha, she's a beautician involved in this field for about 12 years. Nice lady la, walaupun memula macam segan gila nak bukak tapi she will make you comfortable. Owh ye last month D ada beli voucher from Groupon. Brazilian wax + arm + leg + underarm + upper lips for only rm48 after more than 60% discount. Of course D beli sebab brazilian wax. Lagipun spa yang menawarkan discount through Groupon ni Senjoy Skin Care Centre location nya dekat sangat dengan rumah D. Tapi hampeh sebabnya bile D call nak buat appointment (nasib baik tergerak hari nak tanya pasal brazilian wax), diorang cakap diorang cuma buat bikini line je, brazilian tak buat. Salah info and diorang dah notify Groupon. Geram punya pasal D cakap la ngan diorang pompuan che ye nun alif, "that means u r cheating people. People bought this voucher bcoz of brazilian wax and now you said you don't have that?!"
Paling tak boleh blah, amoi tu cakap, "we thought brazilian n bikini line is same. Different meh?" what the?? Then when i told her that i want a refund, she asked me to contact groupon. Haishhhh D ni tak reti nak gaduh2 defending my rights. Tengok la kalau ada masa baru contact groupon. Tabik spring la kat orang2 yang sangat pandai memperjuangkan slogan "customer is always right". One of them is my sis-in-law-to-be. Hihi. Hmmmm maybe because of my job which is Customer Service kot.. Alahaii tak aci la camni, kita pun nak jugak jadi customer yang meroyan sekali sekala.. Hahaha

Ok lupakan pasal Senjoy jadah tu. berbalik pada cerita brazilian wax. Peraturan utama, sebelum uols melangkah ke salon, make sure pubic hair tu cukup panjang. At least uols kena bela 2 minggu. Kalau baru bela seminggu baik balik rumah je la sebabnya patch tu memang takkan dapat rentap bulu2 dengan jayanya sebab pendek sgt. Dalam setengah inci da ok dah.. Panjang sgt pun tak boleh jugak tau. Huhu

Kedua, rileks, rileks dan rileks. Jangan kemut2 otot badan, jangan kendurkan badan nanti susah bulu tu nak keluar. Kena stretchkan tempat yang nak di wax baru senang nak rentap bulu keluar. Ikut jek instruction dari beautician sebab beautician perlukan pertolongan kita untuk hold certain part dengan kuat supaya senang bulu keluar. The pain is bearable..

Ketiga, jangan risau dengan wax tu. tak la panas mana pun. Rasa suam2 jek bila kena kat kulit. Pastu tekstur melekit sket.. baru senang bulu melekat kat patch tu.

Oh ye, tahukah anda bercukur menyebabkan bulu lebih kasar, bercabang (perasan tak sometimes ada 2 cabang bulu dalam 1 pori-pori?) dan biasanya kalau pencukur tak bersih, jerawat akan tumbuh kat area pubik? Dan sedarkah anda, hari ni anda shave, esok bulu baru dah keluar tajam2? Cehhh cam iklan la polak. Saja je nak tambah ayat supaya cukup 3000 patah perkataan untuk entri kali ni. Huhu

Ok, Overall proses mengambil masa dalam 40 minit. Memula memang macam tak cukup katil nak melompat, tapi bila dah get used to it, dah ok dah.. Memang perit and you'll have to bear with it for 2-3 days. Biasa la pori2 terbuka lagipun hair root kat situ memang tebal especially for virgin wax (first timer). Just use baby wash and baby lotion jek. After 2-3 days rasa lembut jek kat sittewww nokkk.. Trust me, you won't back to shave once you've tried brazilian wax! :D

Errr.. Cukup ke 3000 patah perkataan entri kali ni? :p

Wednesday, June 6, 2012

Selsema dan kaitan gegendang bocor

Last week telinga kiri adik baby tiba-tiba berair. D perasan masa bangun tidur pagi Khamis lepas. This is not a first time sbb last 6 months pernah jugak jadi macam ni cuma bezanya masa tu ear wax dia keluar pekat berketul. Pergi klinik dapat ear drop then settle masalah.

Unfortunately this second time seems different. D pegi klinik sebab si kecik ni selsema dan batuk berulang since past 3 months. 2 minggu batuk selsema, 2 minggu baik, then sambung batuk selsema lagi. Haissshhh. Pastu D bgtau doctor pasal telinga gegurl yang berair ni sekali. Doc suruh refer pakar telinga sebab dia tak berani kasi ear drop walaupun D request ear drop. D pegi klinik jumaat malam, for sure klinik pakar telinga dah tutup. In addition saturday public holiday and sunday pulak memang klinik tutup tapi doctor tak berani and just bagi antibiotik untuk batuk selsema jek..

The next day we tried our luck and went to ENT specialist clinic at Century Garden (same row with Omega Tuition Centre) even though the chances are slim considering that saturday is public holiday. Yup, klinik tutup. Once sampai rumah, D and hubby buat operasi check telinga gegurl. Gegurl dengan menurut perintahnya baring mengiring, syok agaknya org korek2, main2 telinga dia tu. huhu. Mata ala2 layu nak tertidur jek.. First kitorang bersihkan telinga dia yang berair dengan cottonbud dulu. Lepas tu hubby suluh dalam telinga gegurl pakai torch light. Masa tu kitorang nampak ada "benda putih" kat dalam telinga. Hubby try korek, dapat la sikit.. Bendealah tu cair2 macam nanah. Try nak korek lagi tapi tak berani sebab nampak dalam sangat.

Monday morning hubby decided nak bawak gegurl pegi ENT clinic sebab takut melarat. So D terpaksa la ambil emergency leave pergi sekali sebab ENT clinic ni kan doktor pakar, mesti la ikut working hours sebab doktor dah kaya raya. Huhu. Oh ye, for those yang mungkin tak tahu, ENT stands for Ear, Nose, Throat. So we went to Sham ENT Specialist Clinic. Doktor Melayu, muka nampak macam doktor hospital gomen yang ala2 malas nak bukak mulut tapi rupanya tak. He explains well whenever we asked questions.

First thing, doktor masukkan kamera dalam dua2 belah telinga. Right ear takde masalah tapi left ear ada nanah sebab infection. Even ear drum (gegendang telinga) adik baby bocor sikit and we can see the hole on screen! First question from doc, "ada selsema tak sebelum ni?". I said yes and it was on off for about 3 months. Then doc cakap, prolong flu can cause infection to ear. Sebabnya hidung kita ada saluran yang bersambung dengan telinga. Bila kuman dari hidung naik ke telinga disebabkan selsema yang berpanjangan, akan membentuk nanah kat salur telinga dalam. Nanah yang banyak akan menyebabkan gegendang tak mampu untuk menampung nanah tu lagi, that's why gegendang bocor dan nanah mengalir keluar.

Lepas tu nurse bedung adik baby sebab doctor nak sedut nanah keluar dari telinga. According to doctor, proses sedut tu painless cuma normally baby menangis sebab takut dengar bunyi suction machine tu jek.
After sedut then doctor masukkan ubat dalam telinga. Ubat tu nampak keras tapi akan melt dalam telinga according to body temperature. Selain tu doctor kasi ubat and next appointment untuk check condition telinga ialah hari jumaat ni. Oh ye doctor cakap benda ni boleh berulang especially bila budak kena selsema lagi. As for ear drum yang bocor tu, depends pada nasib sama ada boleh bercantum balik atau tak. Tp hearing reduced to 10-20%. risau D, harap-harap boleh bercantum balik.

Oh ye kos rawatan minimum rm300.
Doctor punya consultation fee rm70 je tapi sedut nanah dengan masuk camera tu yang mahal. So parents, pls.. Whenever your child have a prolong flu, don't delay bawak ke klinik sebelum effect telinga. Jangan ambil mudah masalah selsema berpanjangan ni..