Thursday, April 26, 2012

Bon Appetit @ Chez Papa French Bistro, JB

assalamualaikum w.b.t..


Kali ni entry jalan2 cari makan datang lg. terasa gedik mengada nak buat review psl tempat2 pemakanan terutama sekitar JB ni. Konon on diet tp bila en suami bwk pegi makan, agak berterabur la diet nya tu. we r just opposite, D nak loss weight tp en suami nak gain weight and build muscle. haishhhh org kata rezeki jangan ditolak nak2 kalau org yang belanja. Kata nak untunggggg..

Sbnrnya ni kali kedua en suami bwk D (and the kids) dinner kat Chez Papa French Bistro. Masa first time dtg, balik tu berkobar2 nak tulis entry tp cam biasa la D kan slalu bz. Maklumlah artisssss kan.. Buwekkk.. Restoran ni dr tepi jalan besar sebelum smpai Plaza Pelangi dah nampak dah signboard nya. Tengok nama restoran dah tau yg restoran ni menyediakan menu masakan barat ala Perancis. Patut la mata D cam nak terkeluar, dgn lidah nak tersimpul masa baca menu time nak order makan. Nasib baik la waitress tu faham keadaan kitorang yg macam kena simpul biawak terkulat2 lalu meng-offerkan diri utk recommend the food.





x dpt snap gambar luar, amik gmbr tisu pun jadi la.. :p



Biasanya klau makan western food mesti ada etika meja makan kan? Susunan sudu, garfu, pisau, napkin, cara pegang pisau, cara letak tgn atas meja, etc. Selain tu etika turutan pemakanan start dr appetizer, main course, dessert tu.. Especially kalau makan kat French restaurant mesti la kena ikut etika tu sebab French ni antara bangsa yang sgt particular bab2 cam ni. Well... D tak ikut pun.. Persetan dgn so-called etiquette tu sebabnya D
tak sempat nak belajar la.. Hahahha. Lagipun dah biasa dgn cara org Malaysia yg kenkonon western sgt bila makan pakai sudu, garfu dan pisau. Huhu. Makan plak klau steak yg smpai dulu takde maknanya la nak tunggu soup yg kenkononnya appetizer sgt tu.. Kan? Kan?





Dalam restaurant. Agak cozy kan?


Wah wah wahhhh ada siputttt.. Sebut btul2 uols.. Escargots a la Bourguignonne - half dozen snails baked the traditional French way with garlic-butter-parsley - harga from rm18.00-rm28.00. Cam siput babeng tp D tak try sebab purpose utama nak makan steak. Hmmm maybe next time.

So far dah try makan Entrecote et Frites (tergeliat lidah nokkkkk) succulent sirloin steak with French fries and Dijon mustard (rm45.00), Cotelettes d’agneau - tender lamb loin cutlets served with rosemary gravy (rm48.00), Soupe des Bois - a generous helping of home-made mushroom soup (rm9.00) btul2 fresh mushroom soup. For kids D order Spaghetti with salmon & cheese and potatoes soup. Yummy!





 Drinks lak order mocktail je tapi dah lupe dah mocktail apa. 




Tender lamb loin cutlets. Gambar agak gelap sebab dalam restaurant tu pakai dim light jek. Ala2 romantik la konon + jimat duit letrik. Hebakkk hebakkk.. smpai ada yg cakap macam "charcoal". huh



Sirloin steak en suami. Makan tak pandang kiri kanan dah tu..


Actually D agak "geli" klau nampak daging yg cam tak masak so D mintak "well done" tp well done mmg ada keras sket so maybe next time nak try "medium" lak untuk menguji tahap ke-fear factor-an dalam diri D ni. Hik hik. Ermmmm.. Dapppnyaa steak ni.. Luar garing, dalam very the tender and juicy.. Dgn sos steak yg sedapppp.. Rasa cam tak cukup tapi terpaksa gagahkan diri kasi separuh steak portion pada en suami dengan ayat cover line "org diet tak boleh makan daging byk2, nanti baju jadi kecik". Padahal masa nak bagi tu tangan ni cam hulur tarik, hulur tarik jek.. Errr.. ye, ye, ayat over takleh ang kan? :p

Waiter and waitress pun friendly and patience jek melayan kitorang eventho adik baby dah byk kali jatuhkan cawan plastik tapi diorang tetap cover senyum bila tolong amikkan cawan yg dijatuhkan dengan sengaja tu. huhu. Service bagus, makanan sedap, harga sesuai dgn kesedapan makanan, so nak apa lagi? Tak heran la restoran ni agak penuh sepanjang masa! 

Rating: 8/10.



Yang mengada2 nak bagi rating,
D

Wednesday, April 11, 2012

Pening Berpusing (Vertigo)

Last Thursday tetibe masa D bangun pagi terasa pening berpusing. Bukan sakit kepala, tapi pening nampak cam keadaan sekeliling berpusing2. Relax jap bila pening terasa kurang baru turun katil tapi tu pun dlm keadaan terhuyung-hayang, sebab kadang2 rasa berpusing tu masih terasa. Ikutkan hati yang agak bengkek sebab hal2 office ni nak jek D amik medical leave tapi semalamnya D dah amik emergency leave sebab childcare tutup seminggu yg kes HFMD tu.. Kena la jaga rekod babe, nanti kena mark ngan bos D gak yang susah nanti.. (macam la dapat extra bonus, extra increment bagaiiii. Toksah mimpi la walau dpt excellent mark dalam appraisal sekali aduyaiii nya punnnn).

Genap seminggu dah pening berpusing tu masih ada sikit2. Tapi da makin berkurangan la. Nak kata preggy tak mungkin sebab hari tu hari terakhir D datang bulan. Out of curiosity macam kucing yang suke mengendap2 (ayat apa siakkk), D wat research (google jek) n rupanya pening berpusing ni dipanggil Vertigo.

Vertigo- perasaan berpusing pusing atau rasa persekitaran anda bergerak.
- Gangguan telinga tengah (vestibular neuronitis akut atau labyrinthitis)
- Sekali sekala ,benign vertigo berkaitan dengan perubahan kedudukan
- Mastoiditis (radangan pada mastoid)
- Kurang aliran darah ke telinga tengah akibat atherosclerosis (plak lemak
dalam salur darah) terutama pesakit Diabetis Mellitus (Kencing manis),
Hypertension ( Darah tinggi) dan Hypercholestrolaemia (berlebihan kolestrol dalam darah)

Nak tau lebih lanjut pasal vertigo, sila google. Uwaaa agak lama jugak baru boleh hilang rasa pening ni. Dlm 2 weeks to 1 month. Yang tak bestnya it seems like sakit ni boleh berulang. Haishhhh.. Mintak2 sakit ni bila da hilang nanti hilang selama2nya la.. Aminnnnnnn..

Saturday, April 7, 2012

Super Spontan di Desaru

Assalamualaikum w.b.t..
Ni last weekend punya story. Konon keluar nak pegi lunch and cuci mata tapi end up pergi Desaru dengan super spontan nya. Takde BBQ, takde meal pack, tak bawak towel, tak bawak bikini baju untuk mandi (nasib baik adik baby punya baju mmg ada bwk spare and adam punye baju pun ada spare dlm kereta). Ni semua daddy diorang punya pasal, mengidam nak mandi laut sempena rambut baru katanya.. Cewahhhh!

Ikut highway baru Senai-Desaru tu, kejap je sampai.. tak sampai sejam pun. kalau la dari dulu diorang buat jambatan ni kan bagussss...


 jakun sbb first time lalu sini.


 lawa gak rupenye jambatan ni. buat drag race pun ok jugak.. heheheh


 rambut baru yg bertahan 7 hari jek. huahuahua.. :p

eksyen ni taknak orang pegang.. 

super excited kanak2 berdua ni main air. si gegurl ok jek air tu mmg favourite. adam lak takut air sket! huh

Since transit time sekarang (transit time sey.. mentang2 kerja shipping.. huhu) dah semakin singkat which is tak sampai 1 hour journey pun, maka terasa la jugak kegedikan untuk pegi Desaru lagi. tp next time mesti nak ada BBQ, meal pack, etc baru la boleh stay lama kat sana! kalau tak kebulur cam itu ari, cepat balik sebab nak cari makan.. huhu

Wednesday, April 4, 2012

20 minit di LHDN for e-filing

Assalamualaikum w.b.t..

Lega rasanya bila dah selesai menjalankan tanggungjawab sebagai salah seorang rakyat Malaysia. Huh seumur hidup tak pernah declare income tax, ni kira first time la ni. Heh jakun jakun..

Sempena cuti kecemasan hari ni sebab childcare diarah tutup seminggu (adoyaiiiii) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia disebabkan wabak HFMD (hand, foot n mouth disease), Di mengambil kesempatan (macam ayat mintak maaf time nak raya) pegi LHDN untuk declare income tax and buat e-filing. Ok, ok, korang betul.. motip asal Di sebenarnya nak dapatkan refund ye uolsss.. Huhu. Kanak2 berdua ni Di angkut sekali okayyy..

Sampai je pejabat LHDN Johor Bahru kat Menara Jati, perkara pertama yg wajib dilakukan oleh orang yg jakun macam Di ialah... pegi kaunter pertanyaan. *Cover line sket, jgn bgtau diorang motif korang nak refund sbbnya blum tentu korang dapat refund, silap2 kene kuar duit plak! :p

First amik nombor giliran, tekan button B utk e-filing. Kejap je tak sampai 10 minit da turn Di. Maybe sebab diorang dah khususkan kaunter 13 untuk e-filing sahaja. Bagi nombor IC pastu verify your name, then diorang print nombor pin untuk kita proceed with next step. Kita boleh pilih sama ada nak buat e-filing kat situ jugak (komputer disediakan banyak macam kat cyber cafe) ataupun nak buat e-filing sendiri kat rumah. I decided to do there since this is my first time.

Masa tengah terkocoh2 menaip sebelah tangan (sebelah tangan lagi dukung adik baby yang tak reti diam), datang la petugas LHDN yang baik hati offer nak taipkan untuk Di. Ibarat kasi ikan bilis nak ikan tuna, maka Di angguk2 tanda setuju. Huhu. Syok weh korang sebut ada orang taipkan! *Cuma tak syok bila kita sebut byk kali orang tak faham so terpaksa la taip sendiri. Haishhh, anyway terima kasih la utk petugas LHDN yang consider keadaan i ni. Hihi

Hmmm hujung2 dpt refund rm70.06 jek.. Apakah??? Syukur la dapat refund walaupun sikit, daripada nak kena bayar lagi. Tapi pelik la pinjaman perumahan tak boleh claim sebab untuk pinjaman dalam tahun 2009-2010 sahaja. Beli buku, majalah takde resit. Insurance takde, zakat takde melainkan zakat fitrah yang hubby bayar tiap2 tahun nak raya tuh tp tu tak kira. Hihi. Rugi rugi takleh claim.

Takpe LHDN, tunggu tahun depan aku dah pandai. Insurance coming soon, zakat insya Allah (i lagi rela byr zakat dr bayar income tax ni - dpt full refund tau), beli buku, majalah semua kat tempat standard jek supaya dapat resit boleh simpan. Hahah. Owh sesape yang belum declare tu declare la cepat, due date 30 April 2012!


Monday, April 2, 2012

Love Steamboat & Grill?

Assalamualaikum w.b.t


Tetibe datang gedik mengada nak buat entri ala2 jalan2 cari pasal makan. Asalnya last Saturday night tu terasa nak makan steamboat, maklum la cuaca kan sejukkk jek sekarang ni so tekak mula la mengada nak makan yang panas2. Korang yang stay area JB mesti dah biasa sangat dengan Steamboat Rawa kat Taman Gaya kan? Tapi this time kitorang tak pegi Rawa, saja nak try Kapten Steamboat and Grill kat Taman Tasek. 


maybe you can judge a book by its cover.. :)

Tengok signboard dah nampak agak ekslusif restoran ni. Dalam hati Di (aiii sejak bila pulak mengada nak bahasakan diri "Di" ni? hahaha sejak tengok cerita Alamak.. 7 hari lagi! :p takpe la dah memang nama ai kan.. kat opis pun ada akak yang panggil ai dgn nama Di ni.. hahahah), mesti ohsem restoran ni sebab boleh beroperasi kat 1st floor instead of Ground Floor. 


Alhamdulillah, restoran ni milik orang Melayu. Interior design not bad. Korang boleh pilih nak duduk kat dining table or Japanese table. Kali ni Di pilih Japanese table untuk bersantap. Baru je duduk tak sempat nak berangan dance ala2 Para-para Sakura sempena tema duduk kat Japanese table (cis!), waiter dah datang ambil order. Menu ala-carte, takde buffet. Since motif datang nak try sahaja bukan nak mentekedarah, maka kami amat berhati-hati supaya tak tersalah pilih dan menyesal di kemudian hari (apakahhhh??). 


sikit jek portion makanan malam tu. nak test je kan.. jangan expect cam JJCM, diorang tu di sponsor utk makan.. heh.

tak banyak choice kan?

Untuk grill, kami pilih Lamb with Honey for rm9 per plate. takde la beriya sangat nak meng-order sebabnya macam tak worth kot for us. Mungkin sebab masa tu otak kami dipengaruhi oleh buffet kat Seoul Garden kot. huhu. Anyway Lamb with honey sedap, steamboat so-so jek at rm2.50 for 4 pieces (what do you expect? overall steamboat kan sumenya instant manufactured punya bukan fresh nya punnnn). Cuma sini choices tak banyak n soup lambat boil sebab heat by electric stove. Few dipping sauces available (suka yang sambal udang kering), sos blackpepper, sos cili, sambal belacan pun ada ye uols. Huhu. Oh ye drinks boleh pilih dari menu tab and i chose Longan while hubby chose Apple Kasturi. Nothing special with the Longan drink and Apple Kasturi does not go well with our tastebud, maybe.

Erm satu lagi, Japanese table is cozy, open air sbb kat beranda tapi for me agak rimas sebab klau grill,  banyak percikan minyak yang terpercik kat lantai (selain meja) n tak sabar nak blah sbb rimas dan melekit! Overall ok laa cuma kalau nak makan puas kena la bawak duit lebih banyak sebab harganya agak mahal. 
Mungkin tokey kedai ni nak buat ala2 exclusive sket dan ada kelas yg tersendiri kot.. Bagi 3 bintang out of 5! :)